Saturday, January 21, 2012

Aura cas positif

Gambar kenangan di tahun 2010

Gambar bersama sahabat, cikgu Loke Chee Kean, berlatarkan mural The Red door of Tsung Wah . Hingga kini aku tidak pernah lagi "touch up" mural merah yang terang dan garang itu.
Gambar 20 januari 2012 bersama Puan Ooi,Eyma ,dan diri ku

Puan Ooi ; Azni, mari sini. Wah , u sangat cantik hari ni serupa pengantin! Saya nak bergambar dengan u. (Puan Ooi adalah salah seorang guru wanita di sekolah ku yang mengambil berat tentang penampilan dan kesihatan diri, sikap terpuji nya itu memang aku kagumi)

Aku ; Alahai puan ooi, jangan lah kata begitu. malu saya. hehe...apa pun terima kasih ye ooi.

Eyma..free tak first period? jom..... tolong snap picture kat pintu merah Tsung Wah.

Eyma tanpa membantah ikut je karenah aku, i lebiu eyma !

sambil kami berjalan..

..Ha, Loke meh sini ikut kak

Loke ; Pergi mana?

adalah

Loke ; tak mau lah

mari lah sini, kita nak bergambar, kak pakai baju merah hari ni, puan ooi ajak bergambar sama.

sambil senyum dan geleng2 kepala Loke mengikut aku dari belakang. Sikap bersahaja aku seringkali membuatkan rakan2 ku tidak berdaya menolak permintaan ku.

Dalam hidup, jarang-jarang sekali aku akan berpakaian ala ala feminin dalam range vibrant colour. Baju merah ni aku memaksa diri ku membelinya tahun lepas. Tujuannya hanya semata-mata.. ingin meraikan Hari Konvokesyen anak2 murid kesayanganku 5A1, dimana aku adalah guru kelas mereka.

Tetapi memandangkan pada hari tersebut semuanya sangat sibuk, maka peluang untuk bergambar kenangan dengan 32 orang pelajar 5A1 ku itu, terkubur begitu sahaja.

Benarlah kata bijak pandai, masa yang berlalu tidak dapat diulang semula.

Gambar menjelang Tahun Baru Cina 2012
Bergambar kenangan dengan rakan baik di Tsung Wah, cikgu Loke Chee Kean.

Masa aku pakai baju ni last year, adalah seorang dua yang menegur betapa merah dan cantiknya pakaian ni. Di ulangi..cantiknya pakaian, bukan orang yang memakainya ye.

Pagi semalam bersamaan 20 januari 2012 aku menyarungkan pakaian ini sekali lagi.

Pagi2 lagi encik suami menegur...

Masuk je perkarangan sekolah TW, anak2 murid, dan rakan2 mula menegur pakaian ku. Hinggakan masa aku di hospital Kuala Kangsar (dalam waktu sekolah ), atas urusan membawa pelajar tercedera di pergelangan tangan, jururawat dan doktor di bahagian wad kecemasan pun menegur pakaian ku. (Mungkin lah sebab aku dalam wad kecemasan, maka merah adalah tanda Dangerous atau Perhatian segera )

Tak sangka lah pula baju angpau ( seperti yang di sebut oleh beberapa guru2 lelaki cina) menjadi perhatian awam.

Maka aku pun teringat kata-kata rakan karib ku Loke suatu ketika dulu...tapi masa tu aku tak pun pakai baju merah, cuma sering kali menjadi perhatian diatas "keaktifan" ku di sekolah membuat mural. Oleh kerana semalam aku menjadi tumpuan istemewa dari ramai orang maka perkara ini mengingatkan aku pada...

..((( some where year 2009..

..first time u came to Tsung Wah I know that u are not local from here.

Ye ke?

Yes!

( Loke adalah Ketua Panitia Bahasa Inggeris lulusan dari University of New Zealand.
Maka perbualan kami memang macam rojak, sebab dia nak improve Bahasa Melayu, manakala aku pula ingin mengasah semula Bahasa Inggeris ku )

Kenapa Loke cakap macam tu?

Because of your face and your appearance.

Loke ni cakap pusing-pusing, cakap terus je lah..

Sabarlah old lady..

wah suka-suka u panggil kak old lady ya

Sorry sorry i'am just joking

ha sambung balik, what are you trying to tell me Loke oi.

Your face lorh, seperti muka orang yang datang dari bandar besar

..(aku dah mula ketawa..sambil cuba menutup mulut ku..)

lagi..?

lagi..when u walk, u are like aristocrat.

ish apa tu loke..aristocrat? (..buat-buat tak faham, sebenar aku memang kuat menyakat dan mengusik kawan-kawan)

Aristocrat is like a ..bangsawan. Yes ,seperti seorang bangsawan..

(aku dah mula ketawa besar dan berusaha menutup mulut ku..)

apabila u berjalan u membawa an aura with u. Its like kind of positive cas you are carrying with u ,ia ada di sekeliling u, really, all the positive cas are with you.

Loke adalah seorang penganut agama Buddha yang taat dan mengamalkan Falun Dafa. Its kind of ancient form of qigong, the practice of refining the body and mind through exercises and meditation.

Walau pun perbualan itu berlaku sekitar tahun 2009, namun aku tetap dapat merakam dalam kenangan hati ku hingga kini.

Loke Chee Kean, thank you very much for all your kind words, semoga Loke bertemu jodoh dengan seorang Falun Dafa like u, wishing all my Chinese friend and student Happy Chinese New Year with prosperous Dragon year!

3 comments:

  1. Dekni..dulu uda pun sukakan warna yang merah garang rupa ni... dari jaga, tukang kebun.. budak-budak.. cikgu hingga pengetua tegur..hahha.

    Tapi sejak kebelakangan ni.. uda dah belajar satu perkara.. Merah bukan warna aura untuk uda.. uda belajar dari DR Azizan Osman.. Rahsia Tarikh lahir.... bukan saja tak ada ong ..seperti naik pangkat, prestasi dan ptk...hehe malah boleh mengundang kesihatan yang tak berapa bagus...

    So.. kebelakangan ni.. uda dah tukar warna penampilan.. more choklet.. green.. kalau ada merah mesti ada kombinasi lain...

    ReplyDelete
  2. wah, best nya uda tau warna sesuai dengan uda. macam dekni sesuai warna apa sebenarnya uda? Tarikh lahir dekni 13hb 4 1965

    :-)

    ReplyDelete
  3. Aaa aa la... macam mana nak tahu warna aura tu ye?

    ReplyDelete