Tuesday, January 3, 2012

Crew KL Cargo di JB

Al kisahnya..

Maka bertarikh 15hb dis sehinggalah 25 dis 2011, promosi Hari Kraf Kebangsaan 2011 telah berlangsung dengan penuh gilang gemilang, di padang A Plaza Angsana Johor Bharu dengan jayanya. Sepanjang keterlibatan ku secara langsung di situ adalah atas tiket Techno Ceramic. Bermula dari jam 10 pagi sehinggalah 10 malam selama 12 hari, termasuk hari preparation dan pull down, maka ramailah kenalan-kenalan baru yang ku perolehi.
Para usahawan kraf, kakitangan Kraftangan tetap, dan kontrak, telah berkampung di khemah putih dalam zon yang tersangatlah selesa. Ini adalah kerana ia adalah fully air cond dan hanya terletak kira2 80 meter walking distance ke Kompleks membeli belah Plaza Angsana. Favourite place orang-orang melayu Johor Bharu dan melayu Singapura .
Oleh kerana aku ini di lahirkan sebagai orang seni, maka mataku tidak terlepas dari melihat dan membuat penilaian pada rakyat jelata yang berada di perkampungan khemah putih 30 meter X 130 meter itu. Bermula dari yang berbahagia para Dato, sehinggalah pekerja bangladesh yang ku titipkan mee rebus dari rumah busu timah, ku terjemahkan melalui interpretasi ku yang tersendiri.
Mula-mula ku lihat 2 remaja lelaki ini, hati ku merasa lapang. Kata orang sedap mata memandang, baik dari sudut wajah, mau pun tingkah laku. Oleh kerana kedudukan booth Techno berhadapan dengan tempat demo pembuatan gambus, maka ramailah peminat-peminat Pak Mat Gambus ( Encik Muhd Aidil Muhd Diah) akan singgah melihat kehalusan seni pembuatan ganmbus.
Pangkin Pak Mat Gambus ini tidak terkecuali dari tempat kami melepak dan berbual-bual mesra sesama rakyat jelata , apa tah lagi tempat untuk menunjuk bakat bermain gambus.
Pantas sahaja aku memetik pemicu kamera merakam gambar yang ku terjemahkan sebagai sangat istemewa. Aku merakam gambar selalunya secara gerak hati dan spontan.
Lensa artistik ku menterjemahkan ~ dua generasi yang berbeza, duduk bersama, menghayati warisan seni gambus, dengan cara yang tidak sama. Tetapi dengan satu pandangan yang sama, iaitu appreciation yang tidak terhingga, pada kesenian gambus.
Sebagai guru seni yang telah berpuluh tahun mendidik anak2 seni yang bermacam karenah dan ragam, sudah tentu tingkah laku anak-anak remaja yang duduk di pangkin Pak Mat Gambus menyentuh jiwa ku.
Secara otomatik, aku terkenang karenah malu-malu nakal anak-anak didik ku masa mula-mula aku posting di SMK Gombak Setia, dan juga sekolah favourite aku, SMK (L) La Salle, Jalan Gasing Petaling Jaya.
Maka dengan spontan, kamera ditangan ku berpindah ke tangan Tuan Techno. Dengan harapan agar dapatlah merakamkan gambar ku, dengan mamat pemalu ni. Memang sah pemalu!
So, Tuan Techno terpaksalah mengambil gambar mamat ni dari arah bawah. Pada pandangan peribadi ku, gambar ini kelak akan menjadi sejarah dan kenangan pada mamat yang bernama Apis C Four.

Nama sebenarnya tidaklah pula ku tahu. kerana ambil masa mengenali kumpulan yang jinak-jinak merpati ini.
Gambar ini ku rakam dari tempat duduk ku di booth Techno Ceramic
Semasa Pengarah Kraftangan Johor yang bernama Encik Azmi meronda-ronda di booth kami, sempatlah kami beramah mesra dan berkenalan dengan beliau. Selain dari bertanya khabar kami juga melontar satu persoalan yang berlegar di kepala kami.
..."tuan Pengarah, budak-budak muda yang rajin dan selalu kelihatan membantu mengangkat prop tu sebenarnya siapa? "

..oh, yang grup tu pekerja kontrak yang kami ambil untuk membantu melancarkan perjalanan promosi ni.

oh..ye ke. Full stop.setakat itu je yang kami tau.
Anak bujang ku yang berdua tu excitedly nak berkenal dengan abang-abang ni. Hinggakan anak bujang pemalu ku yang bernama Amirul Azani kata.."Mak, angah teringin nak berkenal dengan abang-abang tu. Angah boringlah kat JB ni tak de kawan, kalau kenal diorang boleh jugak tolong-tolong apa yang patut.
Meh sini..

nak pergi mana?

pergi berkenal lah! apa susah nak kenal. Mak senang je., bukan jenis malu. meh sini

tak nak lah!

dah tak nak pulak...ee suka angah lah, malas la nak paksa
Maka cita-cita angah untuk berkawan dengan abang-abang ni tamat lah di situ saja. Aku memang masak sangat dengan perangai anak-anak lelaki ku. Tersangatlah pemalu berbanding dengan anak gadis ku. Memang sah ikut perangai mak dan ayah mereka masa muda dulu.
Gambar yang Tuan Techno ambil ini adalah demonstrasi bermain gasing gergasi
Tali gasing dililit dikeliling gasing dengan teknik-teknik yang mereka pelajari dari sifu gasing
Gasing di letak dalam keadaan tegak berdiri. Seorang penarik tali gasing akan memegang hujung tali gasing dan berlari dalam kadar kelajuan tersendiri. Apabila pusingan tali gasing terlepas dari lilitan, maka gasing gergasi itu akan berputar pada tempoh yang agak lama dan stabil.
Maka tegak dan berputar gasing gergasi ini dengan jayanya hasil kerjasama crew remaja

Kebetulan pada 25 disember hari akhir kami di perkampungan itu. dengan tidak semena-mena kumpulan ini lalu di depan booth Techno Ceramic.Tanpa melengah masa aku panggil kumpulan remaja ini dengan jelas dan sedikit tegas untuk bergambar dengan aku sebagai kenangan.
Lihatlah wajah mereka yang malu-malu dengan diri ku, dan sememangnya aku tidak peduli kerana aku anggap mereka ni seperti anak-anak ku. Cuma kesempatan untuk mengenali mereka dengan lebih terperinci tidak mengizinkan atas kekangan masa yang sangat-sangat cemburu.
Sangkaan aku dan suami bahawasanya mereka ini adalah anak-anak muda dari bandaraya Johor Bharu adalah meleset sama sekali.
Rupa-rupanya mereka adalah anak-anak muda dari kotaraya Kuala Lumpur. Sama usul asal dengan ku yang telah "tercampak jauh" nun di negeri Perak.
Nama kamu siapa?

nama saya Faddil kak. ( pemuda yang menunjuk tanda peace itulah )
Nama dia ni...alamak lupa terus....sorry..

Kak, macam mana kami nak contact akak?

Carilah saya di blog aznimatisa

Kamu semua ada facebook tak?

Ada! (serentak mereka menjawab)
Gini lah, jika suka add abang atau kak di facebook.

Nama?

Nama samalah,tapi jika nak add kak, kena hantar meseg la. saya tak layan budak yang bukan2 atau menyamar ,sebab anak murid saya ramai, dah 6 sekolah.

Cewa, perasan sungguh ramai peminat ku ya
Kalau kak rajin nanti kak tulislah blog pasal korang

cantik kak!
Nama saya dalam facebook Kechik kechik kak
So faddil apa nama kumpulan awak ni sebab kak nak tulis dalam blog
suka akak lah nak nama apa pun

eh mana boleh gitu cheq oi
Tengok la tu si amirul azani, dah diberi kesempatan berkenalan dengan abang favourite nya masih nak malu-malu lagi.
So jom kita bergambar
1...2.....
3!
kak..

ye...
Nanti kak tulis dalam blog nama kumpulan kami...KL Cargo!

Ok no problem

Begitulah kisahnya, maka kini dari 6 orang itu, 2 telah menjejaki ku di facebook. Selamat maju jaya pada kalian semua, kekalkan semangat kerjasama dan akhlak baik yang di tunjukkan pada kami. panjang umur jumpa lagi,adios!

2 comments:

  1. Wah teacher..bestnya..jelous pula saya kat cikgu..dapat buat benda yang cikgu suka for leaving...apa apa pun teacher masih lagi rock macam dulu dulu...

    ReplyDelete
  2. zam, tima kasih sudi singgah. cikgu rindu kat kamu semua!

    ReplyDelete