Wednesday, June 13, 2012

Pergi Dungun melalui Jalan Jabor

Arakian tersebutlah kisah pada cuti semester nan lalu,aku pulang ke kampung Kelana Jaya untuk berjalan sambil mencuci fikiran turun ke Pantai Timur. Misi utama adalah ke Dungun indah permai yang terletak di negeri Trengganu.
 Kami bertolak pagi itu dengan keahlian seramai 7 orang dan berhenti minum di kawasan rawat dan rehat yang tak berapa sedap iaitu di Genting Sempah. Duduk bersebelahan dengan aku ialah host jalan-jalan Dungun, gadis lemah lembut ayu pemalu tapi hebat berbahasa Inggeris Cik Wahida, yang kami panggil dengan nama manjanya Wieda.
Terer ek mak kita yang dah usia 72 tahun tu,. boleh follow perjalanan yang ku anggap jauh dan agak meletihkan bagi mereka yang seangkatan usia dengan beliau.
As usual, my sister must be in the picture, maksud aku kemana kami berjalan dia mesti dan diwajibkan jadi tekong, memandangkan pengalaman serta rekod cemerlang yang dipegang sepanjang handle any trip famili.
Aku ni bukan ingat sangat jalan yang kami lalui. Fokus ku adalah lebih terarah kepada merakam panorama yang menerujakan.
Maka bermulalah satu perjalanan yang panjang, tetapi bagiku adalah pendek disebabkan keasyikan melihat pemandangan indah.

Kami melalui jalan yang disebelah kanan,.dan melepasi cabang itu aku dapat melihat dengan sangat jelas perkataan Puspen Karak di atas bukit sebelah kanan. Adalah difahamkan bahawasanya tempat ini adalah tempat bagi memulihkan penagih dadah.
Melepasi Puspen, dari jauh ku lihat awan bergulung-gulung seperti kapas dan jaraknya bukan nya pendek,sangat panjang dan saujana mata memandang meliputi sekeliling "round the clock"
Mata ku terpegun,terpana, terlekat di kaki langit Allah, dan aku dapat melihat dengan sangat jelas awan-awan itu sangat mesra dengan manusia,. seperti dapat aku capai dari tingkap kenderaan.
Aku rasa kecil dan kerdilnya diri berada dibawah gulungan awan Allah Yang Hebat,
Gulungan awan itu tersangatlah lembut dan halus,. dan ia berkeadaan di larik-larik dan bergerak perlahan-lahan bergulungan.
Aku memang sangat suka awan dan sangat sayang awan.
...dan awan-awan pujaan ku itu semestinya dimiliki dan dicipta oleh Dia.

 Dia lah yang mencipta alam yang indah ini. Alam yang dikaryakan adalah sangat Agung dan tiada apa pun boleh menandingi kehebatan Nya.
Dari awan yang bergulungan,.. marilah kita meneruskan perjalanan. Kita bakal melalui sebuah jambatan yang merentasi sungai Pahang yang dimana dihiasi dengan pintu gerbang.
Inilah jambatan Temerloh...yang mempunyai dua pintu gerbang yang mengalu-alukan kedatangan para tetamu yang memasuki negeri Pahang..
Aku pernah merakamkan gambaran ini di waktu dan masa yang berbeza. Jika rajin boleh saja kalian ziarah di sini :    

maka begitulah kejadian alam.... siang berganti petang..... ke senja...... ke malam...

Alam tetap setia menanti tetamu yang datang silih berganti menikmati keindahaan dan kecantikan yang dicipta
Rakaman gambaran sungai Pahang tidak dapat diambil dengan 'sharp".,memandangkan kelajuan kereta yang bergerak,. ditambah pula dengan senda gurauan ahli yang tidak memungkinkan tangan ku "stay" tidak gegar.
Melepasi pintu gerbang itu,.dari jauh aku dapat melihat satu lagi kecantikan alam iaitu langit yang membentuk huruf S
Cantik sungguh awan S ini, terasa seperti baru sahaja aku melihatnya di langit nan biru

Dari jauh dapat ku lihat kepulan awan yang mungkin sahaja mengelilingi Tasik Cini, Pahang



Silalah layan gambar -gambar berikut dengan perasaan syahdu..cewah


Maka kita mulai memasuki jalan alternatif..
Ingatkan tak lah ramai yang ikut jalan ni..

masa ni dah masuk waktu makan tengahari dan perut pun dan bising buat perangai
rasa-rasanya kita sedang melalui kawasan felda/felcra
Sedap ek kalau dapat singgah makan kat warung gini,masakan pure orang kampung
Inilah balasan yang diberi bila kita melalui jalan alternatif, indah,aman,tenang.
Boleh nampak road to road, tapi jangan memandu sendirian, aku jangkakan adalah bahaya you
Mungkin ini adalah sekolah atau kolej baru
Kehidupan yang sederhana, dan kita semua mempunyai jalan hidup yang tersendiri
Hidup sederhana sekalipun,. keselamatan diri janganlah diabaikan..malang tidak berbau..
cantik...seperti kata orang putih...country road..oh country road take me home...to the place ..I belong..



Perang poster rupanya telah bermula..
Nama kampung ni..Kampung Baru Ayer Jerneh. Ejaan pun stail orang lama.
Lapar doh weh...
Yes bang,.order apa ya,teh ais o teh o ais ?




kita telah memasuki territory Paka yang terkenal dengan industri minyak tanahair dan sudah tentu bercap kan Petronas
Dari jauh kita boleh melihat kawasan ini ada minyak.... ni ha kat bawah..tanda kawasan ni ada minyak

cantik,,macam castle yang unik
Yeahyy!!kita telah memasuki Dungun.....welcome to Dungun kawan-kawan

hahaha.....................sabo je lah...adakah anda suka buang sampah dari kenderaan especially kulit rambutan?

yang kita lalui dibawah ni...adakah Sura Gate?..ye la kot
dik...cuti sekolah dok g mano ke weh..


Bila masuk je kawasan ni hati terimbau ke kenangan nan lalu bersama Allahyarhamah kakak ku Azlina

Dungun sejuta kenangan....disinilah cinta seni ku bersemi...
Dungun nan indah...suci terpelihara..
damai...tenang...
sayu...

bersambung....

17 comments:

  1. kak azni, kita pun selalu lalu jln Jabor-Almuktafibillah klu nak ke Teganu, klu mlm kena extra careful... klu nak jln elok keluo tol Jabor terus ke Kemaman-Kijal-Dungun, klu lalu Kijal boleylah beli lemang enak tepi jalan, klu masuk kg nelayan boleylah beli ikan bilis murah...
    p/s : umah mak akak kt KJ jln SS baper? kita dulu masa bujang menyewa kt SS5D, sampai la ni pun anto anak kt nursery kt SS5 tu gek, KJ tu pun kira kg halaman gue gek ngehngeh...

    ReplyDelete
  2. pictorial journey sarat dengan maklumat visual bertatah seni bersulam nota puisi..jauh perjalanan luas pandangan..lama hidup banyak pengalaman..depa kata la..

    ReplyDelete
  3. kali ini penuh dgn gamabr2 sepanjang perjalanan yg sungguh menarik..
    suka part..."disini cintaku bersemi"

    ReplyDelete
  4. Yong,
    atea namanya yong kamariah ni sebenonye adalah orang perghok o pantai timur. akak idok sempat nak mengkaji telaah salahsilah yong di belog. Arakian umah mak akak adalah di SS5A.alahai...dokek bona dek.Dulukala KJ di kenali dengan Ladang Seaport, nak kua masa tu menapak jalan kaki weh.
    Ceritera jale2 ganu ni panjanggggg sambungan...kalu tak nyampah baca n3 akak yang tak semengah ni,akak tersangat berbesa hati, if nyampes,tinggalkan je,tak kecik ati ,.ngeh3.adios yong. take care.

    ReplyDelete
  5. Bang mad,
    maka benarlah kata pujangga,,lama hidup banyak pengalaman, banyak makan garam, maka darah pun boleh jadi 1 tekanan. Maka adalah sangat sesuai untuk golden citizen menatap dan mentelaah isi alam semesta untuk seimbangkan keserabutan masalah dunia yang dicipta. Terima kasih banyak kat bang mad sudi tinggalkan komen yang membina. Ia adalah sangat bermakna buat seorang junior seni dari super senior.

    ReplyDelete
  6. kasihredha,

    Dari hari ke hari ingin ku komen n3 mu tentang kue bom, tak sompek..

    Disini cintaku bersemi.....ah yang benar ><

    ReplyDelete
  7. salam.

    saya masuk dari blog NUKILAN. terasa saya macam sama-sama menaiki kenderaan pulak ..

    ReplyDelete
  8. Assalamu'alaikum Dekni
    I feel deeply honoured by your beautiful entry, entitled "Pergi Dungun melalui jalan Jabor" that is specially dedicated to me. The first reaction in your Comment Box should have come from me, but I must apologize that I didn't get to write down any comment as I wanted to wait for the "sambungan" which I thought would be posted soon. I have briefly mentioned in my own blog's Comment Box that your account of the Journey to Dungun is indeed well written, so poetic, and clearly reflects your concern for people to look at life challenges, turbulances, and happiness in different persepectives.

    Sungguh banyak macam dan ragam "perjalanan" kita semua. Semoga kita tidak alpa, destinasinya tetap satu: mengabdikan diri kita kepada-Nya, untuk mendapatkan keredaan-Nya jua. Terima kasih, Dekni. Ketemu lagi.

    ReplyDelete
  9. Ghalit tengok gambor pemandangan yang berbagai. Teringat masa dalam perjalanan ke Gunung Tahan dulu. Panorama waktu Subuh menjadi pagi amat indah!

    ReplyDelete
  10. Tuan/Puan/Cik Al Lavendri,
    saya merasa sangat gembira dan berbesar hati diatas kehadiran mu di blog kecil ini. Terima kasih ya ><

    ReplyDelete
  11. Waalaikumsalam teacher Temuk,
    Seronoknya baca komen pak Temuk. dekni terasa dihargai dan dilihat dari satu sudut perspektif orang lama yang sangat berpengalaman.

    malulah pulak pak temuk telah komen sangat bagus dan panjang di 2 blog berbeza tapi penghayatan yang sama dari hati yang ikhlas.

    marilah kita terus menulis dari hati kita,semoga ia menjadi satu wadah yang bermakna pada mereka yang suka membaca dan bersahabat "in a silent way" thru silent reader

    ReplyDelete
  12. IM,
    Alam memang indah dan setia,seperti Pencipta Nya Yang Maha Agung lagi Penyayang. Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan pulak komen. Saya merasa dihargai.

    ReplyDelete
  13. Pn Azni Mat Isa,

    Terima kasih kerana rakaman gambar yang sangat menarik.

    Objek yang dilihat setahun yang lalu dengan sekarang tidak banyak berubah - sebahagian besar kawasan di laluan itu telah dibangunkan beberapa tahun yang lalu.

    Saya tidak akan melepaskan peluang melawat blog puan di masa hadapan terutamanya rakaman di lokasi-lokasi yang masih mengekalkan alam semula jadi seperti Endau-Rompin, Taman Negara dan lain-lain lagi.




    ReplyDelete
  14. Pn Azni Mat Isa,

    Terima kasih kerana rakaman gambar yang sangat menarik.

    Objek yang dilihat setahun yang lalu dengan sekarang tidak banyak berubah - sebahagian besar kawasan di laluan itu telah dibangunkan beberapa tahun yang lalu.

    Saya tidak akan melepaskan peluang melawat blog puan di masa hadapan terutamanya rakaman di lokasi-lokasi yang masih mengekalkan alam semula jadi seperti Endau-Rompin, Taman Negara dan lain-lain lagi.




    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. Salam..tmpg tye ye...mna 1 kta nk msuk klu nk ke kuala terengganu melalui tol jabor,antara dua cabang kiri karak dan kanan kuantan/temerloh tu...sy first time nk lalu hway karak bln 2 ni...klu msuk karak tu ke mna? T.ksh

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam dik noorzie, kak mintak maaf banyak2. sudah terlupa sungguh. kak harap you dapat guna google map untuk dapat bantuan lebih tepat ya.

      Delete