Tuesday, December 4, 2012

Begini lah yang aku mahu




Semalam adalah kenangan                     HARGAI hari ini           Esok belum pasti

... ( 3 Disember 2012 )  4.35 petang                  

...sms masuk ke hand phone aku.......Baii makk....hehe.tenkiu bawak jalan-jalan  ngan hantar ika kat bas stand.
..dalam bayang samar-samar aku lihat kelibat ika dalam bas ekspress Kuala Kangsar - Kuala Lumpur yang mulai mengundur bergerak perlahan..
..ntah kenapa kali ini aku sangat pilu  ..kebetulan aku bersendirian di petang yang redup itu
ruang mata aku sudah mulai kabur di penuhi dengan airmata jernih yang mulai hendak gugur ke pipi.

 Terasa baru lagi aku menghantar ika ke tempat belajar nya.  Di negeri yang sensitif dengan sejarah pemergian Allahyarhamah kakak ku Azlina yang menderita sakit kanser payu dara. ..

...dan sangat baru aku rasakan perbualan adik kakak dengan arwah Kak Nor Khalilah. Kami berbual hampir dua jam di bilik rehat guru SMJK Tsung Wah.  Kata -kata sayu dari beliau,......

kata-kata semangat dan perangsang yang aku susun dan perkatakan di gegendang telinganya,
kata-kata pujukan dan rayuan agar redha dengan kehidupan pada beliau..

segala kata-kata aku dan dia ,.yang ku tiupkan dalam jasadnya yang telah pun terpisah dari roh. ..

di bilik yang nyaman berhawa dingin begitu tenang kerana hanya kami berduaan di situ..terima kasih kepada Mu Tuhan kerana memberi aku "sepenuhnya ruang" menyiram kata-kata agar beliau "faham",
Faham mengapa aku yang muda 4 tahun usia dari arwah "berani" menyatakan "apa pun" dengan bebas dan bersahaja.

 arwah asyik tersenyum dan mengangguk kepala dengan mengucapkan terima kasih dan berjanji ingin bercerita kan perihal-perihal "dunia " nya pada aku.

Ah...sungguh sukar kali ini, kerana mungkin aku sahabat guru yang  terakhir berkesempatan bersembang begitu panjang dengan beliau.
Segala nya terakam kemas dalam kotak memori antara aku.....dan aku akui...bukan mudah...ada kala aku kalah dalam perjuangan jiwa ku yang tabah!

..dan seperti semalam pula aku melihat tubuh abah yang telah koma di katil hospital bercadar putih bersih....semestinya hati ku pasti terusik setiap kali berada di mana-mana hospital yang pernah aku tempuh....kerana...

aku lah satu-satunya waris yang "bergelut" melihat bagaimana azabnya roh terpisah dari jasad Allahyarhamah kakak aku Azlina

..dan aku lah, waris yang "terpaksa " memberi kata putus pada doktor agar memutuskan bantuan mesin yang menyambung "apa pun" pada jasad Abah yang koma with "dead brain". Aku........aku...dan bukan mudah untuk aku memadamkan apa pun kepedihan dan keperitan.

...dan tidak aku nafikan,. setiap kali masuk ke hospital atau hadiri ziarah orang sakit, segala kenangan lalu melihat derita arwah-arwah ,.. tewas pada jiwa ku yang rapuh ini. 

Kebelakangan ini aku banyakan masa ku dengan meneroka kampung-kampung di daerah Kuala Kangsar.

Semuanya bermula dengan perasaan ku yang tersayat pilu, sayu dan asyik menyeka air mata, apa
 bila mengenangkan "pengalaman akhir"  antara aku,. dengan arwah-arwah yang telah pergi dalam hidup.

Aku akui, semuanya mewarnai kehidupan,. tetapi "bahagian pergi tidak kembali",.jiwa ku sangat kalah. Apatah lagi dengan usia ku yang semakin di makan waktu.


 Pada dasarnya,mereka yang biasa dengan aku sering melihat aku lincah dan membawa kamera untuk merakam peristiwa. Mungkin kah ini satu cara untuk aku "menghalau" banyak peristiwa suka dan duka dalam kehidupan sepanjang aku bernafas di bumi ini.

Aku bersyukur dengan perasaan sentuhan kemanusiaan yang Allah anugerah pada aku.,walaupun ada kala aku rasa,.betul kah aku ini,.normal kah seperti insan yang lain.

Maka bagi menyalurkan perasaan aku itu, gambar-gambar yang aku rakam adalah terjemahan pada perasaan aku sebenarnya.

 Aku sangat bertuah kerana Allah menganugerahkan aku seorang anak perempuan yang kini mulai menginjak ke alam dewasa. ....

...dan mendapat pula 2 bonus,. di anugerah 2 orang anak laki-laki yang meningkat remaja.

Hidup mestilah bersabar dengan segala karenah. ..

...sedangkan tidur sebantal dengan si dia masuk dua puluh tahun lebih,..
 aku masih tetap rindukan si dia,. bila berjauhan walau dalam tempoh beberapa jam ,.

apatah lagi yang makan masa berhari-hari lamanya.


 Terima kasih Allah dengan waktu yang Kau berikan. Sesungguhnya berjauhan beberapa waktu dengan suami memberi aku ruang waktu untuk berfikir di manakah kesudahan aku kelak,..

.. yang sudah pasti akan berakhir dengan pemergian yang abadi ke alam akhirat jua seperti mana semua makhluk yang bertebaran di muka bumi Allah yang indah ini.

Al fatihah buat semua kaum muslimin dan muslimat yang telah pergi....

Terima kasih kerana sudi meluang masa membaca bait-bait perasaan aku hari ini.


9 comments:

  1. Muhamad Ali berkata apabila ditanya Chris Gadner tentang keadanya " aku sedang menderita penyakit yang tiada ubatnya setakat ini, tetapi aku tidak pernah beerhenti dari berjuang mengatasinya dan berharap akan menemui hasilnya..

    ReplyDelete
  2. Dekni
    Andai lensa mampu menggambar sesuatu yang menceriakan, yang memberi erti kehidupan yang sebenarnya kepada kita, usunglah dia, ke sini-sana. Sememangnya, kadangkala, dengan pengusungan itu kita rasakan kita hidup penuh keseronokan, lalu kita merasa bersalah. Tetapi hakikat dan makna apa yang kita lakukan dan rasai, kita sahaja yang lebih tahu.

    ReplyDelete
  3. KakNi,
    Nice pix, I love it!
    Alfatihah kepada arwah bapa dan kakakmu semoga dicucuri rahmat dariNya...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum buat sahabat-sahabat setia ku

    Kata-kata yang sungguh menyejuk hati. Tenteram jiwa kerana ada insan yang faham siapakah gerangan diri aku ini.

    Terima kasih terima kasih dan terima kasih.....................

    ReplyDelete
  5. Bang mad,
    Baru ini dekni mendengar madah peninju tersohor itu. terima kasih.

    ReplyDelete
  6. Cikgu,
    ayat cikgu guna itu adalah ayat yang ku cari-cari. Berulang kali dekni membaca ayat cikgu. terima kasih.

    ReplyDelete
  7. Yong, terima kasih rajin singgah blog akak taw ><

    ReplyDelete
  8. plg tersentuh dengan blog ini..
    kerana rasa diri ini dan ramai lg org diluar sn yg pernah mengalami keadaan yg sm sperti kita.terpilih utk diberikan ujianNya meskipun diri masih lg penuh noda dan tidak bersedia..diuji untuk menunjukkan Dia masih memandang dan kasih akan kita.
    bersyukur pd Allah kerana dipertemukan dgn Aunty..berkenalan dengan seorang logam yg sgt hebat dan kuat.
    Mari kita teruskan perjuangan ini dan terus merasakan sepenuhnya pergantungan pd yg Satu.Ini Kerana kasih sayangnya jualah kita berada disini:)) Love n Hugss dr Bumi Beijing<3

    ReplyDelete
  9. Terima kasih Ilham,
    Terharu aunty membaca bait bait ayat Ilham. Begitu lah.... akhirnya kita semua kembali kepada Pencipta Yang Maha Pengasih dan Penyayang.Hidup ni hanya kayu pengukur untuk kita di alam Nya yang kekal. Dalam kagum pada Nya kita juga gerun,...gerun dengan hukuman dan balasan kekhilafan kita sebagai manusia yang jahil, lemah dan berdosa pada Nya. Moga kita diampunkan.....

    ReplyDelete