Monday, July 22, 2013

Maka beruntunglah kerana diri nya sendiri

Alhamdulillah,ku panjat syukur kepada Mu Ya Allah yang mendengar doa dan mengizinkan aku mengecapi kehidupan di dunia Mu yang indah dalam ketenangan ramadan yang datang dalam kuntuman senyuman.

 Seperti mana kuntuman senyuman dalam hati yang ingin mencari pengertian kehidupan yang lebih terisi dan bermakna.
Dalam keserabutan dunia yang tidak berhenti berputar dan berputar , aku hanya mampu menoleh pada kenangan lalu yang penuh dengan riang ketawa, tangis sendu, tragedi pedih.
 Sesungguhnya limpahan rezeki ketenteraman dan ketenangan jiwa bukan di ukur dari apa yang di lihat, tetapi kepada apa yang di ikat simpul dalam hati yang terkuntum pada nikmat Allah yang tidak di sangka-sangkakan.
Mana mungkin kita menganggarkan apa-apa yang ingin Allah beri, kerana itu adalah rahsia yang sudah termaktub sejak azali
 Bila manusia bersatu dengan alam , maka kekaguman pada Nya makin mekar.


Sujudlah kita pada Dia, mentaati Nya, menjauhi larangan Nya, dan berusaha sedaya upaya menjaga amanah Nya yang di anugerah Nya pada kita.


Kelalaian kita dan ketaksuban pada sesuatu sudah tentu mengurangkan siapa kita di sisi Nya.
Maka berulang kali kita pinta ampun dan maaf dalam tangis sendu yang keikhlasannya hanya Dia dan kita yang tahu.
 Ada kala kita merasa sangat sunyi dan sepi walau dalam hiruk pikuk dunia dan kesibukan menguruskan kehidupan.

Sudah tentu kesepian itu hanya kita sahaja yang mengerti kerana tidak akan ada manusia lain yang faham hatta mereka yang terhampir dengan kita.

 Apakah akan tiba masa dan ketika nya kita benar-benar menyerah keseluruhan jiwa dan raga kepada pencipta kita dengan sebenar-benar ketulusan hati tanpa sebab musabab, ganjaran mau pun lintasan pandangan.
Allahuakbar, maka beruntunglah hamba Nya yang boleh dibegitukan dengan mudah dan bersahaja kerana dirinya sendiri.


 Apabila melihat kelekaan dan kelalain diri kita, luluh rasa hati dan akan berkatalah janganlah begitu, marilah kita sama-sama menuju kepada jihad Nya yang sentiasa menerima taubat hamba Nya.
Iblis dijadikan bersama nafsu sahaja dan malaikat di jadikan bersama akal sahaja. Kitalah yang paling beruntung kerana dijadikan bersama akal dan nafsu.
Kita juga akan keliru dengan diri kita perbuatan kita itu sebab akal atau sebab nafsu.
Apabila usia semakin menyurut, keinsafan diri manusia tidak sama menyurut ikut usianya.

Ujian susah senang datang bersilih ganti dan kitalah orang yang beruntung sekiranya bermuhasabah diri, bertaubat, berubah  beribadah sepanjang hayat kita sementara menanti daun nama di pohon Arasy gugur tanda berakhinya penghidupan kita di dunia Allah.


Mudah-mudahan Allah mendengar doa dan taubat hamba Nya. Waulahualam.

10 comments:

  1. waaa kakNi, lawanya gambarrrr...me likey, i think you should put a watermark kot takut ada yg plagiat..
    p/s : gambo sekitar ramadhan takde ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. yongggg,
      tengkiyu likely suker gambo2 ittew.tak yah la water mark, kak pon plagiat hak terpelihara Yang Maha Esa. Gambo ramadan, ada. nanti kena wat tajuk yong kamariah, ni ha gambo ramadan,hehehe.

      Delete
  2. Cantik sungguh foto bunga dalam kolam tu.Dan cantik juga foto gunung yang diliputi awan dan juga ketika matahari hampir terbenam tu. Saya selalu teruja melihat gunung.Yang bagusnya bila kita melihat matahari terbit dari celah gunung.Sungguh cantik. Saya pernah melihatnya ketika mendaki gunung stong satu masa dulu. Muhasabah diri adalah satu perkara yang baik.Sepuluh malam terakhir Ramadhan ni cubalah pertingkatkan amalan kita.Semoga apa2 kebaikan yang kita lakukan diterima dan diberkati.

    ReplyDelete
  3. Anonymous.
    Terima kasih. Bunga dalam kolam itu ku ambil gambarnya pada pagi hari. Ciptaan Allah indah belaka kan. Tentang gunung pula saya tidak pernah mendaki,yang diliputi awan itu adalah matahari terbenam di sayong Perak, manakala gambar yang berikutnya di Tasik Raban.
    Semoga kita beroleh keberkatan Ramadan dan juga kehidupan setiap hari. Mudah2an insyallah.

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Raya dari IM juga. Muga Allah berkati hidup kita!

    Indahnya hidup ini disediakan oleh Tuhan bagi yang mahu berfikir!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih IM. Selamat hari Raya Aidilfitri.

      Delete
  5. salam kak Azni,
    not sure if you still remember me.. im back to blogging so if akak bole email lin ur address, i would like to invite you sebab lin privatekan blog.. hehe. linredoules@gmail.com

    ReplyDelete
  6. waalaikumsalam madame mucci.
    I still remember you. i will email my address. off course rindu nak baca blog u.

    ReplyDelete