Friday, June 13, 2014

Jiwa yang diuji, berbahagialah dengan rahmat dan nikmat Allah SWT.

 
Assalamualaikum rakan pembaca yang ku kasihi.
Al kisahnya...

suatu hari di petang nan hening...
 
Dingin hujan memagut - magut pipi ku.
Ku lihat titis hujan menyapa mesra alam.

Sesekali air mata ku tergenang di kelopak mata menyaksikan keindahan ciptaan Allah yang Maha Esa.
Setiap kali memandang alam, mata ku akan melekat terpesona pada setiap perincian yang ada.

Sungguh Allah itu Hebat, mencipta dari yang tiada kepada ada.

Sesuai dengan sifat Allah dalam Asma Al Husna.
 

 
Untuk sekian kalinya ku panjat syukur kepada Mu wahai Allah kerana masih bermurah hati melimpahkan nikmat kehidupan yang tidak terperi kepada aku serta muslimin dan muslimat.






Memberi nikmat, rahmat Nya serta ujian Nya yang menginsafkan aku. Mudah-mudahan segala ujian itu mentarbiahkan aku menjadi insan yang redha dan tawaduk kepada ketentuan yang Dia telah tetapkan.
 




Seperti baru semalam ku peluk kemas sahabat baik aku yang sudah tentunya seorang wanita.
Sahabat susah senang semasa mula-mula berkhidmat di bumi Perak yang bertuah ini.
Sahabat yang telah lama terpisah kira-kira tujuh tahun lamanya semenjak aku bertukar perkhidmatan di kawasan lain.

Sepanjang perjalanan aku ke hospital besar Kuala Lumpur, mata ku menerawang keluar jendela LRT sambil roh ku menjerit perit....Tuhan...hanya Kau yang Maha Mengetahui...hanya Kau yang maha mengetahui.......
 

 
Takdir Nya menentukan bahawa menjelang seminggu ulang tahun kelahirannya yang ke 39 tahun, .....Allah mengambil sebelah kaki beliau dari paras peha hingga ke bawah. Tanpa amaran, tanpa musibah kemalangan, yang aku kira dari kata logik sahabat taulan dan empunya diri, kaki kiri sakit seminggu lamanya, di ikuti dengan kaki kanan pula sakit seminggu lamanya.

Rujuk ke doktor pakar, pembuluh darah telah tidak berfungsi dan demi menyelamatkan keseluruhan organ rosak, maka satu keputusan pantas terpaksa di muktamadkan.


Tragisnya, beberapa tahun sebelum itu suami beliau meninggal dunia pada usia 40 tahun, dan hingga kini sahabat ku setia tanpa pengganti.
 Masih aku ingat,..pada waktu-waktu meriah kami berkawan, pergi kerja bersama, balik bersama. Masa berbual adalah panjang memandangkan perjalanan sehala memakan masa 30 minit. Sahabat aku itu pernah menyampaikan perasaan kagum nya terhadap kesabaran dan keredhaan aku pada satu ujian yang Allah beri kepada diri ku.



Pada waktu itu aku hanya tersenyum dan berkata....
...kerana ujian ini...diri ku dekat pada Nya
...kerana ujian ini... rindu sungguh aku pada Nya
sudah lumrah manusia, apabila sampai di batas selamat, diri merasa selesa dan rindu itu masih ada..

 
....tetapi perasaan luar biasa rindu itu pada Allah sukar untuk ku ungkap dengan kata-kata...
pengalaman mahal akan memberikan kemanisan iman dan kerinduan pada Nya yang sangat mendalam.
 Kita sebagai hamba Nya yang beriman akan sentiasa percaya kepada ketentuan Nya. Walau segetir mana pun ujian yang di beri Nya,..masa akan menyaksikan kesembuhan hati mereka yang di uji Nya.

Betapa Allah mengasihi hamba Nya yang beriman dan sabar. Betapa bertuahnya hamba yang di uji kerana mereka adalah hamba Nya yang terpilih. Bertambah bahagianya jiwa yang di uji, mampu melepasi ujian Nya dengan redha dan berikhlas hati pada Nya.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Mudah berkata , namun tidak mudah melaluinya.
 
Setiap manusia di uji dengan cara yang berbeza oleh Nya. Samada kita sedar atau tidak sedar.
 
Bagaimana kita menerima sesuatu ujian Nya. Adakah dengan cara bersyukur pada Nya...atau memaki hamun dan meratapi nasib malang yang di lalui.
 

 
Episod hidup manusia saling berganti-ganti...
suka...duka..


Maka ada eloknya , kita sebagai hambaNya yang tdak sempurna, berbakti kepada Nya dengan sayap-sayap ketekunan iman, amalan dan ibadah kita kepada Nya.
 
Bersama kita menuju kemuliaan hati dengan keikhlasan, keredhaan, dan yang paling susah dan sering kali kita terlanjur melakukan ialah perasaan riyak dan kagum atas kepandaian dan kehebatan diri sendiri.
 
Ramai di antara kita termasuk diri aku punyai sifat yang tidak di sukai Allah...
 
Riyak..riyak yang tanpa kita sedar...hakikatnya riyak adalah perbuatan dan perlakuan yang berkehendak akan pujian dunia yang kita lakukan dengan sedar atau tanpa di sedari..
 
Inilah antara penyakit hati yang berbahaya, perlakuan kita....yang sentiasa di perhatikan oleh Allah SWT.
 
Masyaalah...SubhanAllah...Tuhan bantu lah kami jauhi sifat riyak ini wahai Allah.
 
Segala nikmat yang datang, segala kehebatan yang Kau beri itu hanya lah pinjaman. Di pinjamkan untuk menguji kami wahai Allah. maafkan lah kami...
 
 
Kami juga lalai dan taksub kepada sesuatu yang meleka dan melalaikan.
 
Dunia ini hanyalah senda gurau dan permainan....

 Sungguh adakala kami tenggelam dan lemas dalam keasyikan dunia yang mengalpakan.
 
Lalai dan leka tanpa kita sedar bahawa itulah yang di cita-citakan oleh syaitan dan iblis si penghasut yang ingin melihat manusia di humbankan ke dalam api neraka.
 
 
 
Di penghujung tulisan ini, sama-sama lah kita hayati petikan pilihan  surah Al Quran yang di firmankan oleh Nya. Mudah-mudahan kita menjadi hamba yang di kasihi oleh Allah.
 
 
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Surah Ar Rahman

 
 
[1](Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.
 

[2]Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.


[3]Dia lah yang telah menciptakan manusia



[4]Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.




[17](Dia lah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur, dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat.

[18]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


[19]Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu;



  
 

[25]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


[26]Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa:



 




[27]Dan akan kekal lah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan:

 
[28]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
 

[29]Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)

 
[38]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

[39]Pada masa itu tiada sesiapapun, sama ada manusia atau jin, yang akan ditanya tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya)
 


 

.....demikian lah sebahagian petikan surah Ar Rahman....mudah-mudahan kita semua tergolong dalam kumpulan orang-orang yang beriman.
 Untuk peringatan aku dan mereka yang ku kasih, hayatilah kehidupan di dunia ini dengan hakikat kehidupan dan ketentuan Allah dengan redha dan terus berbakti kepada Nya yang Maha Esa.

Di doakan seluruh muslimin dan muslimat berbahagia di dunia dan di akhirat. Insyallah. amin.
Salam ukhwah dari ku untuk kalian pembaca yang budiman
Sekian. Wassalam


 


5 comments:

  1. Sesungguhnya kita masih beruntung kerana Tuhan beri lebih masa sihat supaya berkesempatan menikmati dan mensyukuri nikmat yang Allah sediakan di sekeliling kita...

    Dah lama IM tak naik motor...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar IM. Ujian itu Allah yang tentukan. Betapa bersyukurnya hamba Allah yang sihat tubuh badan dan lengkap anggota.
      Im, naik motor ni satu terapi, cari lah satu kapchai, ronda kawasan.ia sangat melegakan.

      Delete
  2. Replies
    1. Assalamualaikum lily, terima kasih sudi singgah. Kita saling motivasikan diri, mudah-mudahan penulisan ringkas kak dapat melebarkan kasih sayang Allah yang tidak bertepi kepada semua hamba Nya.

      Delete
  3. Masyaallah...penulisan yg sgt2 mendalam..sgt memotivasikan diri agar terus bersyukur akan nikmatnya..dan menginsafi diri..bila2 masa kita akan pulang kepadaNya.
    Moga aku pulang kepadanya dgn jiwaku yg sgt2 tenang.....
    Tq kak Azni...luv u so much!

    ReplyDelete