Wednesday, March 30, 2011

29 Mac tiba juga

Saat perpisahan tiba juga. Walau sekuat mana aku dan cikgu Hayati menahan empangan itu..akhirnya ia gugur di lambaian akhir yang memisahkan kami dengan boss yang di kasihi
Aku dan cikgu Roslan Hassan rakan sealiran seni

Mr Tung Chon Huat AMP, Pengetua Tsung Wah yang berjaya menyentuh hati warga sekolah dengan karekternya yang tersendiri.

Kepercayaan beliau terhadap guru2 yang memahami wawasan sekolah telah membentuk satu jati diri bekerja dengan cemerlang dalam lingkungan "our specialised' seperti mana diriku yang bekarya dengan bebas samada di dalam bilik darjah atau pun menyentuh dinding2 dan kertas2 kosong.

Beliau jarang menyatakan tidak dan sedaya upaya akan sama2 membantu kecintaan guru2 di bidang masing2 selaras dengan visi dan misi sekolah. Sebenarnya bukan mudah melayani kehendak warga sekolah yang pelbagai watak dan rencam. Namun, beliau membuktikan segalanya boleh jika segalanya di iringi dengan keikhlasan bekerja.
Aku dan Zainurin Lab asst merangkap adik angkat boss yang disayang

Kami mengucapkan Selamat Berjaya dan fit selalu pada mantan boss

Insyallah, entri berikutnya adalah perjalanan akhir bersama seorang yang bergelar Pengetua

Saturday, March 19, 2011

Sepanjang jalan kenangan


AD83

Amboi suka nya dekni, tersenyum lebar di tangga foyer dengan braimdon budak pottery

Dari pintu guard sayap belakang

Al kisahnya...

melalui asrama budak2 lelaki yang femes

Pagi 18 Mac 2011 kira2 jam 8.00 pagi di rumah mak kelana jaya..
Yem > nie..jom kita pergi itm kejap, I ada urusan dengan Encik Zainal ketua program jabatan seramik
Persimpangan bertentangan dengan asrama Seroja

masa yem ajak tu aku cam blur2, memang tak terfikir langsung dapat peluang keemasan ini masa cuti sekolah dan hari berkerja jatuhnya hari Jumaat

ini ialah bukit tonggek dari asrama seroja

pagi itu pelajar uITM ada kuliah dan bengkel seperti biasa

terkenang nak sampai ke bangunan AD dari asrama Serojaku

masa di pak guard pintu utama ku lihat para pelajar berduyun2 mengejar masa untuk ke kuliah, sebenarnya kami mencuba nasib untuk dapatkan pas dari pintu utama, rupanya..kalau nak parking kereta kena guna pas kontraktor melalui pintu belakang uITM
Ini lah hadiah yang terindah ku dapat pagi itu, dan kegembiraan berganda dengan pertemuan2 yang tidak di duga

Masa lihat bangunan ni secara "live" perasaan bercampur baur

Entri ini sekadar memasukkan pic sepanjang perjalanan ku ke bangunan KSSR, untuk pertemuan2 syahdu, insyallah ku muatkan di entri yang berikutnya
pic original yang tidak sempat edit, kerana beratus pic yang ku snap untuk kenangan singkat ini
sesampai di bangunan AD. Yem memilih untuk terus turun ke bahagian paling bawah bangunan iaitu bahagian bengkel
layan...tu yem ajak ikut tu, moh kita
mula2 kita masuk bengkel seramik la
sinki biru masih kekal macam sedia kala, seperti dulu juga
bahagian ni ada pembaharuan, nampak lebih moden dan berteknologi
pastu kita layan pulak budak fesyen ni, cewa kat luat bengkel fesyen dah ada baner alu-aluan la

tu nak ke mana pulak tu, orang naik le, yang p turun tu apasal

dari kafe kita boleh lihat studio seramik dan IDE
tangga favourite budak2 AD untuk cari teh aiskelas ATD suatu ketika dulu, lorong yang masih seperti itu
foyer AD dari tingkat atas pejabat
AD triangle yang femes, kat sini la kita budak2 freshie kena buat sketsa
gaya, mutu, keunggulan...yang mana 1 tu..
pandangan indah yang kekal, wajib ku lihat setiap kali turun dari surau AD
rindu la tu nak jadi student semula

ini ialah tangga2 cinta yang di permudahkan untuk laluan pelajar ke bangunan menara, dulu di kiri kanan penuh dengan pokok2 yang indah
still kekal di situ lagi
budak Ad wajib ambil subjek keusahawanan, dan di sini lah kami menimba ilmunya
Library adalah feveret spot ku, wajib, wajib dan wajib
nie jom kita balik
kejap la..stop,,,I nak ambil gambar u..1..2..3
Jendela femes orang2 textile
bertentangan dengan bukit bukau yang menghijau
short cut turun ke bengkel
nie, I parking motor dulu kat sini la..u ingat lagi tak?...ee..mana I ingat..I tak pernah naik motor u dulu la..tak ingat ke..siap bergaduh2, u merajuk I tak nak naik motor dengan u..haha
sila eja...B..e..n..g..k..e..l
satu kenangan bila memandang bukit kecil menghala turun ke bengkel
abang..terima kasih bawa nie ke sini..ada masa kita datang lagi ya
Selamat tinggal gedung ilmu
peluang menjadi siswi dan siswa di sini adalah Anugerah dari Allah
Terima kasih Allah kerana masih memberi ruang dan kesempatan
untuk sama2 kami mengimbau satu kenang-kenangan
masa yang telah berlalu tidak dapat di ulang semula
Semalam adalah kenangan
Hargai hari ini

Esok belum pasti

Terima kasih rakan2 yang sudi singgah, ceria2 selalu, berjumpa lagi di lain entri