
Semuanya bermula dengan kasih sayang...
23 tahun terpisah adalah 1 jangka masa yang sangat panjang, dan seperti kata Zul..langkah pertama yang nak di mulakan inilah yang agak payah..tapi demi LOVE... segala2nya tidak mustahil, dengan izin Allah Taala.
N3 bertajuk LOVE ini adalah 'di balik tabir ' persiapan yang dilakukan untuk menyambut rakan2 AD83 berkumpul sempena AD83 Reunion Pertama di Taiping.
Kelihatan dalam gambar diatas ialah Mhd Nor dan Pendi yang sudi 'turun padang" melayan sang siput yang cerewet,bukan satu kerja mudah menyiang spesies ini jika tidak dengan kasih sayang untuk kawan2
Banner ini ialah buah tangan yang di hadiahkan dari hati Zaini Zaid . Beliau merupakan salah seorang AD83 yang berjaya membuka bisnes sendiri dan kepakarannya adalah di bidang seni grafik. Dekni masih ingat lagi perbualan kami di chatroom face book, Zaini menyatakan hasrat hatinya, untuk menyediakan banner reunion. Bermula dari reka bentuk, kos dan memikirkan cara penghantarannya.
Agak terkejut juga masa bersembang tu..sebab Zaini kelihatan selesa untuk melibatkan diri secara langsung. Hubungan dekni dgn Zaini gitu gitu je masa di AD. Perwatakan Zaini yang lone ranger di AD dan superider yang sentiasa bz dgn dunia2 pemotorannya semasa di Uitm membuatkan rakan2 menyangka beliau seorang yang sukar di dekati. Namun selepas reunion, dan kali ke 2 kami berjumpa sekali lagi di jualan promosi seramik Jalan Conlay baru2 ini, baru lah dekni perasan, memang sikap semulajadinyayang pendiam, dan jika tidak di mulakan sembang suasana akan kelihatan agak kekok. Apa pun .. Terima kasih Zaini ))))

Husniyah dan anakandanya yang datang awal dari Parit Perak. Kehadirannya dapat membantu kami dalam penyediaan cenderamata. Walaupun dalam keadaan konfiden tak konfiden Husniyah memandu kereta berteman kan anakanda, atas sebab kekandanya ada urusan kerja, akhirnya berjaya beliau menyatukan diri dengan rakan2 atas sebab kasih sayang dan ingatan yang mendalam.

Dekni > cukup ke lauknya bang..
Yem > Insyallah cukup..
..sambil diperhatikan oleh Nazri..terima kasih Nazri sudi datang dari jauh..Trengganu u
Berikut antara masakan kasih sayang kami pada kawan2..

Dengan kecekapan Zaharah isteri Zulazlan sama bershopping, merewang, memasak, menghidang, melayan, mengemas... reunion ini berjaya..terima kasih arah
Walau pun tenaga kerja begitu kecil, untuk menyambut 150 orang tetamu, dari tengahari jumaat, membawa ke malam, dan sambung bersarapan pagi bersama keesokan harinya, namun kasih sayang adalah intipati kekuatan untuk melihat reunion yang pertama ini di realisasikan
Dekni > Arah..dah lenguh ek lutut nyaArah > Tak pe.
Kita merancang...Allah yang menentukan segalanya..dalam perancangan niat asal Zamri dan isterinya Yana adalah membantu sama menyediakan menu ayam goreng berempah Kedah. Namun di saat2 akhir mereka sekeluarga terperangkap dalam banjir yang melanda negeri Kedah. Walau apa pun.. dalam kepayahan... atas rasa tanggungjawab, dan kasih sahabat, mereka sekeluarga selamat sampai di rumah Zul walau pun hari telah lewat petang.

Dekros dan suaminya Yusof dari Tambun Ipoh, turut sama membantu membersihkan 20 ekor ayam. masa mereka tiba kami berempat memang dalam keadaan kelam kabut kerana Yem dan Zul banyak berada di luar ruang lingkup tempat reunion. Mereka berdua p collect air batu, buah2an , beli barang2 yg tidak cukup di saat akhir
....terima kasih ros dan suami..jasamu di kenang
Kami mula masak nasi beriani kira2 jam 10.30 pagi Jumaat hari reunionNasi yang pertama kami masak menggunakan 5 kilo beras di ikuti dengan periuk yang kedua lagi 5 kilo.

Pagi reunion sekitar jam 8 pagi, 2 sahabat ni p check siput yang di tempah awal di penambang ada ke tak
Tauke > haiya..itu siput belum mali maa..u mali petang meh ~~
Mujur lah jiran2 Zul sporting belaka dan membenarkan laluan jalan di tutup. Jamuan makan tengahari Jumaat itu di serikan dengan kehadiran Jemaah surau dan jiran2 disekitar perumahan. Kami berempat memulakan operasi rewang memasak bermula dari hari khamis malam Jumaat.
Geng rewang beroperasi lewat malam membawa ke subuh..masa ni dah menunjukkan jam 3 pagi.
Malam tu kami masak 3 jenis lauk iaitu kambing masak beriani, lembu masak bukhara dan acar nenas johor
Seminggu sebelum reunion....
Yem > aku cari minyak sapi..tadi kat Giant ada..tapi mahal..aku cari yang timbang kati

Keterujaan untuk menyatukan rakan2 mengatasi segala kepenatan
melihat wajah rakan2 yang hadir merupakan ubat yang paling mujarab

Tempahan ikan dibuat awal di Pasar Matang supaya tenaga kerja yang kecil dapat dijimatkan pada hari reunion
Kejayaan reunion AD83 bermula dari kasih sayang...dan kasih sayang juga menyatukan kita semula...terima kasih kepada rakan serta taulan yang sudi membantu dari segi tenaga dan material yang tidak dekni sebutkan di sini..terima kasih,terima kasih dan terima kasih.bersambung......


























































