Tuesday, February 15, 2011

apa yang ku suka

Red Dates atau kurma dari negara China ni satu ketika dulu ialah apa yang ku suka........ waktu mengunyahnya perasa"an akan sangat bahagia dan gembira. Tetapi gulanya kuat dan manis..
Si white rabbit ni gula2 susu yang telah di banned oleh Kerajaan Malaysia kerana ada kandungan melamine. Pembalut gula2 sebelah dalam boleh di makan kerana di perbuat dari gula2 nipis.

Majoriti apa yang ku suka ini masih boleh di dapati di pekan2 kecil. Semuanya adalah kenangan indah zaman budak2. Tu sebab sekali sekala makan gak...yang boleh dan yang tidak was2, sebab tu perangai kadang kala macam budak2.


Perjalanan ku ke sekolah adalah secara berjalan kaki.... iaitu sekolah menengah convent jalan peel kuala lumpur
5 tahun berjalan kaki adalah pengalaman yang ku sukai. Hanya sesekali aruah abah akan menghantar ku ke sekolah dengan motor vespa birunya....hanya satu alasan....

...dengan perwatakan ku yang bukan wanita melayu terakhir...maka sila lah berdikari ye

Coklat Van Houten berbalut kertas berwarna jingga yang di jual oleh peniaga cina bawah Queen Hotel. Jika dapat cekelat ni di anggap makanan yang sangat mewah.

Pada sebelah petang, kira2 jam 1.30 aku akan mengayuh basikal untuk pergi belajar agama di Madrasah Al Taufiqiah.
Perjalanan akan menyusuri perkampungan cina dan masih ku ingat tokong besar berwarna merah itu. Paling tidak suka bila di kejar anjing2. Paling nyampah kalau kena kejar dengan anak anjing.


Oleh kerana banyak pengalaman yang ku timba, setiap lorong pagi dan petang itu ku ingat dan kenang hingga kini.
Segala ceruk kedai runcit yang beratap zink karat berdinding papan sudah ke hafal...kedai2 runcit moden di perbuat dari batu batan juga tidak segan silu untuk ku singgah untuk melihat apa yang ku suka dan cita2kan.

Selalunya bab2 ni aku tak pernah failed atas sebab kegigihan ku membantu mak dan abah berjualan kuih dan nasi lemak

Hari ni ialah hari Maulud Nabi. Selain dari kita berselawat ke atas junjungan Nabi kesayangan, dengar ceramah, baca cerita2 nya, baca Quran, seelok2 nya sepatutnya kan... buat la pulut kuning dan sedikit lauk.
ikut sunah nabi, kita makan kurma pun dah cukup..
tapi seperti yang di kata tadi..apa salahnya. tak salah apa pun...I tak mintak duit u sekupang pong..


Gula2 katok ( ketuk ) zaman bersekolah di SRJK Dato Abu Bakar (2) jalan Davies KL

Rasanya macam nougat confectionary dari Australia yang ada di pasaran kini, tapi gula2 kat atas the best. Siapa yang nak beli, apek tu akan ketuk dengan pahat dan penukul, lepas tu dia letak kat kertas minyak warna coklat. Oh, nikmatnya rasa gula2 katok. Ku merindui mu gula2 katok kesayanganku.


Sengkuang pujaan hati zaman sekolah rendah. Zaman 70an tu kira liberal sangat.... cina jual pun sapu je......tambah2 lak dia tabur dgn petis udang , kacang tumbuk dan belacan bakar

Petang semalam ku ajak bobo anak bongsu yang debab tu la,, untuk jalan2 di The Store. Kiranya dah hebat sangat la pasaraya ni kat Kuale.

...letih menunggu amri yang ralit melihat apa yang di suka, maka aku pun p mencuci2 mata melihat apa yang ku suka.

Tiba2 mata ku terpana dan bercahaya2 melihat jajan aka cemilan aka junk food yang ku gemari zaman budak2.

.........................pencarian.................

Ku pegang ku letak..ku pegang ku letak...ishhh penat la camni...

cari...cari...cari...banyak nya apa yang ku suka, maklum la jajan stok tahun baru cina masih berbaki lagi

Coklat wafer yang sering ku beli kat kedai kayu apek tepi balai polis cheras. Dulu salutan coklatnya sedap sangat..macam kita makan kinder bueno yang mahal tu atau kit kat. Sekarang dah tipu..tu pasal dia murah.
Ini antara yang ku pegang ku letak..ku pegang ku letak..

sedapnya, kacang tumbuk yang di saluti karamel rangup di luar. Kalau kita kemam lama2 sampai cair karamel tu, masa melting kacang tu yang part the best.

Tapi..selalunya I kurang sabar, terus gigit...hayati...telan....heaven

yang pegang letak..pegang letak tu ialah mencari tanda halal, made in where dan was2 kandungan bahannya...waktu dan usia mematangkan kita semua
Tiap kali nampak je kacang tumbuk ni mesti ingat aruah abah. Abah memang ada stok wajib masa kami dok di berek balai polis cheras. So..sekarang dah tau la kan, dari manakah diriku mewarisi habit ini
yang ni suka jugak..tapi tak layan sangat sebab terlalu manis
....yang ini memang feveret, tapi nama komersil nya tak sedap haw flakes aka asam manis merah.
Semenjak kena tegur dengan orang kat atas yang pakai baju itam tu..tak makannnnn.......tapi kadang2...curik gak makan kalau dah kangen. Katanya dalam kandungan asam ni ada bahan plastik...maklum la orang R n D, semua di kaji.

Bercakap pasal bahan plastik dalam makanan ni teringat cerita kawan ,nama Khairon Zamani atau kami panggil Dato K. Katanya dalam mi segera ada kandungan bahan plastik, tu sebab bila rendam ia kenyal jer...baiklah tuan2 dan puan2 sila berhati2 ya.
Seedless plum memang feveret evergreen, tapi kalau tengok kat chop mohor pembungkusan kita tak nak la..yang timbang kati kat pasar malam tu boleh pulak...itu lah mind set human being.
Candy kelapa ni sememang la sedap... siap wangi lagi. Kalau nasib baik dapat yang elok tidak tengit. Yang dikatakan tengit tu ialah dah lama. Masa zaman dulu2 rajin gak buat sendiri, tak susah mana pun..rajin dengan cik las jer.
Ini pulak coconut candy. Gula2 yang original di balut dengan plastik transparen berwarna warni, yang macam plastik tanglung tu. Suka gula2 ni sebab dia keras, bila gigit bunyinya "kelekakk". Gigi dekni kuat dulu dan hingga kini..harap2 tak gongak la. Kita sayang gg kita.
Kacang parang ni ada cerita tersendiri. Masa darjah enam suka beli kat mamak kacang. 2 kupang kacang ni dapat la segenggam yang di bungkus dalam kertas surat khabar. Kalau kaya sikit hari tu beli 5 kupang.

Selalunya mamak ni dah tercongok kat luar gate sekolah seawal pagi. Oleh kerana I dulu toke jaga gate sekolah sebab konon2nya pengawas, maka kesempatan ni tak akan ku lepaskan la..sebelum masuk kelas, konpem bungkusan kacang ni dah dok dalam kocek.

Masalahnya, bila dah dok dalam kelas, kacang tu pun akan dok bawah meja I kan...so mana boleh tahan babe, tau2 masa dah time nak rehat..kacang tu pun selesai lah sudah..tak guna punya pengawas..ceh3
Biskut ni I kureng ler, cuma kalau ada dalam balang kat rumah cheras, layan la jugak. Ni pun ada kenangan., masa kat berek cheras suka main nyanyi2 pentas kat tangga flet. Di sebabkan tingkat yang kami dok tu tingkat 4, maka tangga atas tu kira privacy la, kurang orang lalu lalang. Dah puas buat "show" kita orang pun buat la gader2 ala potluck budak2. geng I suka dengan semekut ni, tapi cara2 mereka makan tu yang nak tergelak...

mereka makan semekutnya dulu. Gula icing keras warna warni tu di simpan dan makan kat rumah
ais krim malaysia pertama yang ku makan ialah aiskrim aruah mak biah di berek polis blok D tingkat 2. Tahun70an tidak ramai orang yang mampu memiliki ais box atau sekarang di panggil peti sejuk....es box di kategorikan sebagai barang mewah.
Ais krim kacang merah ini tetap menjadi pujaan hati ku dimana saja dan bila2 masa. Ia memang kegilaan ku dari dulu hingga kini. keenakannya tidak tekata, bila gigit je...tak terucap. Tapi ais krim yang original di perbuat dari santan dan di masukkan dalam plastik ais krim Malaysia. Sudah semestinya rumah mak biah yang ku tuju di waktu cuaca panas.
Hingga kini ada2 saja kawan2 yang menitipkan manisan atau jajan . Ini ialah air tangan kasih sayang dari sahabat yang telah berpindah sekolah di SMK Tokai, Kedah. Cikgu Fatimah memang sifu dan handal masak memasak.

Kepada kawan2 yang sudi membaca entri ini, sudah semestinya mempunyai kenangan tersendiri dengan all the oldies foodstuff. Ceria2 selalu, semoga berjumpa lagi di lain entri. Bye bye.

10 comments:

  1. interesting..! mmg sgt sebab umur kita masa kecik2 dulu mmg ada dok pi beli menda2 ni kat kedai tepi rumah, depan rumah.. Tapi, sekarang ni bila anak2 nak makan ape2.. yg particular sgt ialah cop halalannya.. tapi yg penting ialah daripada rezeki yg halal untuk memberi makan anak2kan.. wallahualam.. i love this 'journey of makan jijan2..'

    ReplyDelete
  2. bro jon, tima kasih mai singgah. memang betul apa yg u kata tu. dekni setuju. n tks njoing reading :-)

    ReplyDelete
  3. apa yang kau suka aku pun suka dan ramai yang suka masa kanak kanak depa..
    he he he
    dekni..rupanya dalam hidup ni tempat bukan isunya..tetapi zaman dan masa..setting kenangan dekni ni kat KL. Saya di kampung ceruk tok kun nu di utara kedah..tetapi perkaranya serupa saja..paling best ice krim malaysia tu..heh..berebut pecah muka tu..tambah yg berperisa asam ko..lagi satu asam katok tu..ehh..ya sekitar tahun tahun 70an..ndak pulak mat jais nyanyi lagu diambang sore..
    oh..masa silam..

    ReplyDelete
  4. abg mad,
    tu dia.. makan eskrem asam boi sambil dengaq lagu ahmad jais. punya lah nostalgia. terkenang semasa dulu.

    ReplyDelete
  5. Salam Dekni, ya ampun nostalgia bila merenung kembali zaman sekolah dulu dan segala aneka manisan, asaman, candied/dried fruits itu.

    Banyak-banyak yang Ratna ingat dan pernah makan ialah Van Houten, kacang tumbuk, bijan caramel, asam manis merah, kacang parang, ais krim Malaysia dan ais krim kacang merah.
    Yang selainnya Ratna tidak pernah rasa dan beli kerana Ratna membesar dibawah jagaan Moyang jadinya keluar kekedai dicatu oleh Moyang.

    Sejuk hati bila menatap photo-photo itu semua mengembalikan semula zaman riang-ria semasa kecilan lagi ya Dekni.

    Seperti Dekni nyatakan, malangnya bahan bahan yang digunakan boleh mengancam kesihatan jadi se-eloknya dihindari.

    Cantiknya Dekni semasa dihigh-school? Pasti terkenal, Ratna pula disebaliknya!!

    Salam manis manis madu.

    ReplyDelete
  6. salam si bantang jauh,

    terima kasih sang bintang turun ke tanah kuale :-)
    Seronok kan melihat kembali jajan2 yang ada.Ia mengimbas kembali zaman silam yg penuh dengan kenangan.

    Waa..si bintang ni memuji2 dekni yang tak berapa cantik tu, tak femes pun, ramai ratu2 convent yg jauh ke depan. Dekni waktu sekolah suka ber humour, maka ratu2 jelitawan tidaklah termasuk dalam senarai org2 seperti diri ku ini.

    For me, walau apa pun yg sedang kita lalui, pedih atau sedih, ketawa itu adalah sebahagian selingan harian, supaya muka tidak cepat kedut... hehe..

    ReplyDelete
  7. enjoy....teringat balik zaman kecik2 kat kuarters, kedai apek pendek tu yg sebelah balai,yg menghala ke madrasah Attaufiqiah ade 2 kedai cina satu sy gelar kedai ketiak sbb asyik pakai t shirt pagoda yg xde lengan lagi satu kedai perut sbb t shirt masih sama cuma apek ni sentiasa (sepanjang masa) singkap perot die, apek perot ni kedekot lah nak tumpang teduh pun x bagi.

    ReplyDelete
  8. sedap2..makanan kegemaran gak semua tu..hehehehe

    ReplyDelete
  9. sedap2..semua makanan kegemaran gak tu...

    ReplyDelete