Tuesday, February 1, 2011

Eta Lenon o Lenon Eta

Dari kiri ayem..mengikut sebutan orang kat sebelah -> ..lenon..eta..dekni

Di pertemuan ini
kami merasa sangat gembira dan syahdu

Keikhlasan mereka tu yang " mahal "

Bukan mudah seseorang, apatah lagi sefamili nak bermalam di satu tempat yang asing

cewa..macam lah kuale ni planet asing

cer citer cer citer..hehe

Ish2...lawa2 belaka...............Permaisuri Lenon dan puteri-puterinya

Maka kisahnya bermula..

pada 1 hari, kira2 jam malam tak tau pukul berapa da..

sedang yem melayari facebook tiba2...

eh..nie. sok eta lenon nak datang kuala la

sambil dekni terpinga2 dan berkata..

biar betul u ni..

iya...ni ha..kak eta tengah chat dengan I
maka beta pun membacanya ..

konpem depa nak mai...tu dia.........punya lama tak jumpa kak eta, apatah lagi puteri2nya

last jumpa kak eta masa kami sama2 ATD tahun 1990 dan Permaisuri Lenon yang cantik jelita ini sedang mengandung.

Walau pun cik mek molek dari negeri cik siti wan kembang ini comel membawa kandungannya ke sana sini sepanjang pengajiannya, tak pernah beliau menunjukkan tanda2 letih.

Paling "superb" sekali ialah kak eta mampu dan boleh menghasilkan lukisan mural bertemakan elemen estetika rumah tradisional melayu di SMK Sri Aman PJ. Lukisan mural adalah 1 elemen wajib semasa kami praktikum perguruan. Partner kak eta ialah Janatul Shalida.

depa ni tak dak booking resort o hotel, tarikh nak mai ialah raya si santa klaus
perasaan kami masa tu cam tak menentu, tertanya2 gak, mereka bukannya ada kenduri kawin o sedara mara di Perak

ye la..bukan sesuatu yang biasa, kira di luar kebiasaan la, depa ni dari ziarah2 utara nun di Kedah, ondaway balik ke puncak alam, kalau yang biasa tu..singgah kat bengkel techno, tengok2 sungai perak tu biasa..
Kami gembira dan dalam masa yang sama fikir2 macam mana nak "entertaint" depa

Kalau nak di kira2, pada pandangan kami tak ada apa yang menarik sangat kat kuale kangsor
biasa2 je, slow town..slow moving, slow milo ler..

atea...nak wat lagu mana dah kat sini stesyen kami buat masa ni
Mereka sampai tengahari, dalam kalut2 resort dah penuh,yem dapat cari sebuah Homestay yang terletak di Kepala Bendang, Sayong. Dalam perjalanan dekni dan yem melihat homestay tu, dekni tanya yem..eh bang..nak ke Lenon ngan eta dok kat ceruk kampung ni, pandai ke diorang nak keluar dari jalan berbelit2 ni

cam biasa yem dengan selamba jawab..alah u ni..ni la baru adventure, datang berjalan dok dalam hotel bagus tak de maknanya, tak de apa boleh di lihat. Lenon pesan dia tak nak hotel kat tengah2 town, sesuai sangat la ni
Malam tu dekni masak simple je

menu menjamu mereka seperti biasa ialah masakan orang Johor
Seronoknya dapat jumpa balik loving kapel ni, kalau kat AD, mereka ini adalah kapel contoh.

Cara mereka bercinta tidak berlebih2an.

Lenon seorang yang peramah dan merendah diri.

Eta menjadi pelengkapnya dengan gaya seorang wanita yang penuh dengan sopan dan tertib.

Mereka menunjukkan ciri2 budak AD yang sejati iaitu menghargai alam dan manusia, lincah, berdikari dan yang paling penting, kasih sayang yang tidak bertepi.
Pagi esoknya kami bawa mereka bersarapan capati di warong mamu kuala kangsar
Suka melihat puteri2nya yang sama naik dan boleh di katakan mewarisi sebahagian sifat ibu dan ayah
Selepas sarapan pagi, kami membawa mereka ke rumah Raja Sculpture iaitu Raja Shariman. Kebetulan man balik ke rumah mertuanya pagi itu. maka tak adalah rezeki mereka melihat tempat man berkarya.
ish2...lawanya anak dara eta ni...cantikkan...
Kelakar lak tengok pic yang di snap oleh amri, skima betul...beratur cam orang dulu2 bergambar
tengok tu..punya lah mithali..abah Lenon bacakan sejarah terbinanya Masjid Ubudiah pada anak2nya, kami yang biasa datang solat di sini pun tumpang dengar..bagus lah abah ni
lepas baca sejarah, kita cipta lak sejarah..jom bergambar..
pas ronda2 kat masjid tu, abah lenon belanja kita makan aiskrim. cuaca lak panas..memang sedap aiskrim pada hari itu..aiskrim keladi warna purple
cantikkan shoot ni, senibina lama, 1 di pelihara, 1 lagi tidak di pelihara dan di pulihara
jom kita tengok apa ada kat atas
2 beranak ambil angin di jendela
eh eh..naper lak si comel ni..
kakak..kakak.. lantai tangga tu berlubang2 la...tak nak la naik..takut
kenangan di rumah zaman silam yang pastinya menyimpan 1000 cerita
Istana kuning ni masih lagi di tutup pada awam,kami pun tak pernah lagi berkesempatan masuk selama 5 tahun bermaustautin di sini
masa yem snap pic ni, siap tertiarap lagi bagi mendapatkan shoot yang lawa
eh eh ada gajah la u..kat ne ni..
perkakasan tentera jepun
tabik hormat, gonjol budak AD tak kemana
selamat tengahari cikgu
kamoo mestiw dengerr cakap saya,,ada fehemmmmm
Senibina yang menerujakan
eh..eh..main tumbuk2 lak
kak eta..oo ..kak eta..moh ler bergambo
ya tuan2, adik2, encik2 sila ambil posisi masing2
itu lah dia...Kota Ngah Ibrahim yang terletak di Matang Perak
semuanya jalan ala2 cat walk..phewit
kita minum dulu..
kat ner ni...cer citer..cer citer..
ada antu kak limah tak..gelap jer tu..tak takut ke
tengok cakcibo
jeti apa lak ni
wow...cantik nya
meh abah snap pic..1..2..senyum
Ini lah Hutan simpan paya Bakau, Kuala Sepetang
itu adalah laluan untuk "penjogger" yang gemarkan riadah dalam suasana nature
jap..jap..1..2..senyum!
apa tu......busuknya...eeeeeeeee....ikan kering la...
jeti penambang kuala sepetang
jauhnya menung...bukan menung da...tengok bot2 nelayan datang dan pergi
jom2 bergambar lagi...1..2..senyum
lagi..lagi..1..2..senyum
ada lagi..1..2..senyum
kita tunaikan dulu solat kat masjid kuala sepetang
ayem jadi imam ya, kami follow

baiklah
apa pulak tu..nampak cam kayu bakau...
ooooooo..kilang arang rupanya
ni la dapur untuk membakar kayu bakau
ni toke baru kilang ini, ada gaya gak ek
berkerut2 muka masing2..mana taknya, bau asap yang sangat kuat
jom bergambar lagi..1..2..3..okeh
lagi 1..2..3
ayem, pasni kita nak g mana, abang follow je

budak penakut anjing,, tengok tu..lucy..lucy..ha baik je..
ini ialah murtabak daging kat kedai mamak midin yang terletak di Simpang, Taiping
muka lapar...lapar..lapar..
ini pulak..muka dah kenyang..kenyang..kak eta, sedapkan murtabak cicah dengan kari udang

ok kita lat ta li lat sapa nak balik KL sapa nak jalan lagi

Yeayyy jalan lagi...
Permaisuri, dayang dan puteri2 bergambar di Petarakna
bang Lenon, jom kita bergambar
Selamat lah sudah cuti2 Malaysia kali ini, semoga anda semua terhibur

Buat loving family di atas, especially to kak eta n bro Lenon, kasih sayang anda kami hargai, keikhlasan kalian dapat kami rasai, jangan serik untuk datang lagi. Segala kekurangan itu datang dari kami dan sebarang kelebihan itu adalah anugerah Allah Taala. Semoga anda bahagia ke anak cucu. Mudah2an dapat berjumpa lagi. Sekian terima kasih

5 comments:

  1. sama2 amna, enjoy reading okeh :-)

    ReplyDelete
  2. terima kasih Dekni dan Brahim. Nanti kalau kami bertandang lagi, sanggup layan lagi ka?.

    ReplyDelete
  3. Sama2 bro Lenon. No problem. lain waktu kita berkhemah di bendang kering pulak. Insyallah.

    ReplyDelete
  4. Diba baru baca ni... Jumpa link ni kat blog Amna...
    Terharunye baca ni.. Thank u!!! :)

    ReplyDelete