Saturday, April 2, 2011

Majlis Persaraan Boss 29 Mac 2011

Ini ialah design terakhir ku untuk Encik Tung Chon Huat AMP Pengetua SMJK Tsung Wah yang bersara pada 29hb Mac 2011 di usianya yang ke 58 tahun.
Semasa aku melihat senarai kerja AJK majlis persaraan pengetua , namaku tersenarai di bawah kad jemputan bersama Puan Gan.
Kebiasaannya tugas ku selama 3 tahun di sekolah ini dan juga di 5 sekolah ku yang lain ialah bahagian hiasan pentas.
Badge makan malam persaraan pengetua ( haha macam pandai ya cikgu Azni bahasa cina )

Selalunya pengiliran ketua hiasan pentas adalah antara namaku dan nama cikgu Roslan. Maka kali ini nama ku di gugurkan dengan sengaja. Aku tertanya2 apakah rasionalnya meletak aku di bahagian kad jemputan, ada kegusaran di hati kerana aku tiada pengalaman langsung di bahagian ini.

Dalam aku mencari2 jawapan, mesyuarat ajk yang pertama pun selamat ku hadiri

Maka aku di kehendaki untuk mereka 1 design untuk kulit depan dan belakang kad jemputan. Manakala puan Gan rakan teamwork ku diamanahkan untuk menyusun aturcara dalam bahasa melayu dan bahasa cina dan design untuk bahagian dalam kad jemputan
Semasa mesyuarat ajk kali pertama..

beberapa contoh kad persaraan pengetua2 negeri Perak di tunjukkan pada ku, tapi tak satu pun benar2 menarik perhatianku.

Dalam hati ku berkata, kad jemputan adalah satu elemen yang paling penting untuk para jemputan menghadiri sesuatu majlis. Ia mestilah ada kuasa seperti 1 magnet.
Maka selepas beberapa fasa kerja dengan teamwork cikgu Hayati, cikgu Rosli, cikgu Gan dan berulang alik ke kedai gambar Lisse 2 hari berturut2, akhirnya aku boleh tersenyum gembira melihat hasilan kerja yang bakal di edarkan pada para jemputan.
Pagi 29 Mac Mr Tung masih aktif bertugas di saat akhirnya sebagai seorang pengetua

Ekspresi pertama bila pengetua menarik keluar kad jemputan dari sampul surat putih ialah...
Azni, I like it ! ( sambil matanya mencerlang bersinar2 di iringi dengan senyuman yang lebar ) Lama beliau merenung kad itu.
Mr Tung, cuba u tengok di belakang kad...

What! another picture!terus beliau tergelak besar,.... no..no..this is too much...ia terlalu cantik! How much does it cost?

... but I really like the design.

Mr Tung, the credit should go to cikgu Hayati, she took a handsome picture of u perfectly done

yes..I agree with u Azni, Hayati is so good at this.
Mr Tung, I've already shown the design to Mr Lau, he agree..but..he ask me to show u, wheather u agree it or not.

Sambil bersandar di kerusinya, beliau tunduk dan aku boleh menelah isi hatinya ketika itu..
Cikgu Hong antara tenaga kerja penting event akhir pengetua


Perlahan aku berkata..
Mr Tung, kenapa u nak fikir berapa harga kos kad itu dan apa yang orang akan kata tentang kad itu.

U are good.. u've done a lot to this school... there's so many changes you've made.

Actually u banyak cari duit untuk dana sekolah bersama Lembaga Pengelola.
Berapa sangat harga kad itu, berbanding dengan jasa u di sekolah ni...

Let the Lembaga Pengelola paid it....about the cost, u dont have to think about it, I will deal with Lisse photo the best price that I can get.
Azni..I am so touch of what you have done for me..thank you Azni.

Ok Mr Tung, no problem, I just do my usual work.

Thank you..thank you Azni...I'am so touch..

cepat2 aku menarik pintu keluar dan membiarkan beliau membebaskan emosinya di ruangnya yang tersendiri.
Selesai bab kad jemputan, keesokan harinya, cikgu Chee Ming Mei cari aku.

Azni, Mr Tung want to see u now.

Waktu itu time makan ku, tapi aku tangguhkan dan terus ikut cikgu Chee masuk ke bilik pengetua.
Azni,do u still remember the circle design that u've made last year for Orchestra Cina.

....................................................macam blurrrr kejap

Selepas sesi "recall"...
I need u to design a round badge for makan malam on the 29 night... its for chinese community.
Ok Mr Tung, I'll give the design tommorrow morning.
Masa tu dalam fikiran ku ialah bunga raya kesukaan nya serta mengekalkan warna koprat kad jemputan. Selama 3 tahun aku di sekolah ini, aku mulai faham warna serta design yang menjadi kegemaran pengetua dan Lembaga pengelola.
Benarlah kata orang tua..'masuk kandang kambing..mengembek' ..Maka adat bekerja, ikut lah kehendak pentadbir tanpa mengenepikan nilai2 estetik yang kita pelajari di Art & Design.
Mr Tung bersara pada 29hb mac..sedangkan 20hb mac kanvas yang ku beli di Shah Alam tak bergerak2 dari tempat asalnya. Puas aku mencari ruang ilham untuk memalitkan warna2 ceria untuk di hadiahkan pada boss ku itu
Cikgu Rohana dan cikgu Goh mengacara majlis mengguna dwi bahasa

Entah mengapa tangan dan otak ku kaku tidak boleh berkarya seperti biasa. 24hb Mac aku gagahkan diri ku untuk berkarya di kanvas itu..aku tidak boleh lagi berkata tidak. Persaraan boss tinggal beberapa hari sahaja lagi
Sebenarnya dari awal tahun lagi aku sudah merancang untuk mula melukis sesuatu untuk beliau, tetapi memandangkan tahun ini menjelang persaraan boss telah berlangsung 2 persaraan rakan yang lain, maka aku memberi laluan2 kanvas yang terkarya pada Cikgu Chuah dan cikgu Ng
Sebulan setengah sebelum pengetua bersara,aku dan Zainurin bersembang2 dengan Mr Tung di biliknya. Kami serentak berkata perkara yang sama..
Mr Tung...u tak pergi lagi tapi kami dah mulai merindui Mr Tung.

Beliau senyum dan berkata,..really..i thought everybody want me to go fast

ishh..mana ada Mr Tung..kami tak kan dapat dah boss macam Mr Tung, u kuat kerja n work very fast
Azni, u know what, thats why people dont like me!hahahaha. I want it to be done very fast.

sambil mengendurkan ketawanya beliau berkata..itu lah kelemahan saya..I don't have enough time, there's so many things to do
Itu sebab kami tak rasa u nak bersara, till the end u tak reti duduk diam, ada2 je u nak buat untuk sekolah

Cikgu Chong Chee Sian..apa yang tidak dia buat untuk sekolah..terlalu rajin dan berdedikasi, sangat bersopan dengan cikgu2 yang menyapanya.

Azni..Zainurin..it's like that, all I do is for our school. What ever I can do, i will do
Itulah pengetua kami yang bernama Tung Chon Huat. Seorang yang berketrampilan, berwawasan dan "very transparent". Beliau seorang yang sangat mudah mempamerkan perasaannya dan secara peribadi aku menganggap beliau seorang yang unik dan istemewa.

Dalam tempoh 2 minggu sebelum beliau bersara, Mr Tung minta aku design rostrum yang boleh matching dengan karekter dewan cina. Aku benar2 kesuntukan masa dan keesokan harinya aku minta beliau datang ke Pc komputer bilik guru melihat pelbagai rostrum dari internet yang ku cari.
tanpa berlengah, beliau memilih satu rostrum dan minta kedai perabut mengikut design itu. Beliau seorang yang sangat pantas bekerja dan tidak suka bertangguh kerja. Menjelang persaraannya rostrum itu sudah tersergam indah.
katanya....I want to give something to school.. thank you azni..

aku rasa sepanjang perkhidmatanku di Tsung Wah, sudah beratus kali beliau mengucapkan terima kasih padaku.

Beliau seorang yang pandai menghargai orang2 di bawahnya jika kena dengan corak fikirannya
Ini ialah keluarga pengetua, tidak kelihatan dalam gambar ialah seorang lagi anak perempuannya yang belajar di luar negara
Menerima sijil persaraan dari wakil PPD

Bergambar kenang-kenangan bersama dif2 jemputan khas
Cenderamata dari cikgu Bong Lip Chi, Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan Tsung wah
Hadiah PC baru dari Lembaga Pengelola sekolah
Tanda mata dari guru-guru melayu sesi pagi dari cikgu Fazli
Hadiah seni dari 2 cikgu seni

Kak Hamidah wakil dari pejabat TW
Cikgu Chong Chee Sian guru yang paling aktif di TW menyampaikan hadiah kenang2an
Cikgu Roslina wakil guru2 melayu sesi petang
Hadiah dari cikgu Loke Chee Kean, guru bahasa Inggeris yang menyayangi pelajar tulus dari hatinya.
Masa persembahan sudah tiba..
Gadis2 cina yang pemalu
sweet
Persembahan yang menarik
Nyanyian koir di bawah kepimpinan cikgu Azila
Lagu yang bertajuk Lagenda ini benar2 ada "soul" dengan garapan slide show jasa2 pengetua. Ramai yang tersentuh dan menitiskan air mata semasa slot ini
1 persembahan dari Cikgu Hong
katanya pada ku 3 hari selepas beliau menari di pentas..

saya telah 15 tahun tidak menari..kerana Mr Tung saya sanggup buat untuk tinggalkan 1 kenangan pada beliau
Acara di akhiri dengan satu simbolik yang menarik, betapa tugas pendidik itu adalah tugas yang sangat murni
Ramai yang mengkagumi dan menyayangi pengetua ini dalam diam..
di luar dewan..pelajar2 giat berlatih untuk mempersembahkan 1 penghormatan pada pengetua..
Ini lah saat yang teruja dan sangat di tunggu2kan..
Aksi seperti ini jarang dapat di lihat di sekolah lain..
Tunggu di next entri untuk 1 persembahan yang hebat untuk seorang pengetua yang berdedikasi

Sekian, terima kasih kerana sudi singgah..jumpa di lain entri

2 comments:

  1. nak puji lagi ni dekni..
    satu dokumentasi peristiwa melalui saluran multi disiplin (penulisan kreatif, media design dan photo essay - kalau ada elemen video dan music buleh panggil multimedia)yang cemerlang dan akan meningkat status nilainya bila masa berlalu kelak..
    namun (nak tumpang) yang paling bangga nya pasai dekni buktikan capability minda kreatif AD kat non malay tu..tu yang mahai..

    ReplyDelete
  2. abang mad,

    terima kasih kpd bro yg sudi memberi komen yg membina. Ini sangat menggalakkan dekni untuk terus menulis.

    Benar kata bro, penulisan di blog akan meningkat nilainya mengikut pergerakan masa. Kita tidak boleh balik kepada masa silam, sewajarnya ia di rakam dan di lisah sebaik mungkin, apatah lagi jika peristiwa itu ada "value yang tinggi' dalam hati manusia.

    ReplyDelete