Wednesday, March 14, 2012

Strazawaf Ibra

Strazawaf Ibra ~ suatu perlambangan diri
Selamat hari Jadi brother Fawaz !
Maka seperti yang dijanjikan sebagai tanda hadiah persahabatan maka ku tuliskan.
Al kisahnya...satu pertemuan yang tidak terduga telah berlaku di Johor Bharu bertarikh 25/12/2011.

Sebenarnya aku tidak menjangkakan langsung dapat berjumpa secara live" dengan abang senior Art n Design ini di plaza Angsana Johor Bharu.
Segala-galanya bermula dengan sekeping gambar lama kenang-kenangan arwah Azlina iaitu kekanda yang ku kasihi, the sweet girl in white blouse. Maka gambar ini ku kirim kepada brother Zulkifli, Nang Salehin (t.shirt merah) dan Tapa ( t.shirt biru) menerusi laman facebook yang popular itu.

Aku sememangnya gemar berkongsi kenangan dengan rakan2, apatah lagi dengan rakan2 Allahyarhamah kakak ku Lina. Seingatan ku yang berada di belakang sekali ialah arwah Jalil Ngah, sebelah kiri brother Husni manakala sebelah kiri itu lah brother Fawaz. Ku jangkakan gambar tersebut diambil sekitar tahun 1978/79.
Maka dari situ, pemuda yang berada di sebelah kanan gambar tersebut mohon ask for tag gambar itu atas nama Strazawaf Ibra. Mula2 berkenal di facebook tidak pula kelihatan wajah pemilik nama tersebut. Yang kelihatan ialah lukisan kepala perahu atau mungkin pendokok keris ini. Ku jangkakan bahawa beliau lah yang melukisnya memandangkan beliau orang seni dan kerja seni yang di ceburinya.
Beberapa ketika di kesempatan yang ada, Strazawaf ibra akan sesekali like photo2 yang ku post ke wall facebook dan ada beberapa siri mini chat dengan beliau. Cerita berkisar perihal arwah dan hal2 mudah dan selalunya di akhiri beliau dengan perkataan peace.

Melalui facebook aku melihat gambar abang AD ini menghadiri reunion di SMK King Edward Taiping. Bersamanya ialah suami Allahyarhamah Azlina iatu brother Tajudin yang ku panggil abang Jud. Kelihatan abang Jud berkopiah putih di dalam gambar.
Slowly.. facebook beliau berkembang subur dengan gambar famili tercinta, kerjaya, hobi dan lain-lain. Gambar diatas merupakan gambar brother fawaz dengan isteri tercintanya Sis Suriati Harun. Both of them in love deeply and mempunyai hobi dan kecintaan seni yang sama.
Sedang aku mengambil ruang duduk di booth jualan kami di promosi Hari Kraf Kebangsaan di Johor Bharu, tiba2 mata ku terpandang sebuah kotak yang terletak kemas di tepi meja kerja kami. Tertera diatas kotak tersebut nama FAWAZ IBRA di tulis dengan marker pen berwarna hitam.

Masa itu otak ku otomatik seperti PC komputer, Fawaz Ibra..seperti pernah ku lihat nama itu.
Semestinya orang yang paling tepat menjawab persoalan ku ialah Tuan Techno.

Abang, siapa punya kotak tu?

Senior kita, budak AD..dia lecturer kat UTM, Johor.

dalam fikiran ku..wow!siapakah..tapi ku rasakan dialah! hihi.

tak apa, i have my own style to know siapakah pembeli mangkuk seramik ini.
Maka, the next day i make a call kepada tuan punya mangkuk ini seperti yang tertera di luar kotak.

Halo, assalamualaikum encik Fawaz. Waalaikumsalam. ya..saya fawaz.

Saya buat panggilan on behalf of Techno Ceramic. Your bowl is stiil here, when are you free. I nak jumpa pemilik yang nama Fawaz Ibra ni.

Sorry, did I know you?

masa ni aku dah ketawa berdekah2( so sorry brother fawaz. naturally i'am like that, suka mengusik and mudah mesra walau pun tidak pernah berjumpa )

Maka dalam perbualan ringkas itu beliau menyatakan, beliau dan isteri baru pulang menunaikan fardu Haji di Kota Mekah.Sahabat handai dan saudara mara tidak berhenti datang menziarah dan pergerakan keluar rumah adalah sangat terhad. Beliau berjanji akan datang keesokan harinya
Keesokan nya kira-kira jam 4.20 petang sedang aku dan suami menyusun atur kembali produk2 seramik di booth..
Assalamualaikum.

Waalaikumsalam.

Dekni?

Brother Fawaz?
This is my card
Senior kita. AD 78, junior arwah kak Lina setahun.


hahaha..bang mana spek mata you, dah tak nampak ek?
alah..nie kenal abang ni kat facebook. Namanya unik. Strazawaf Ibra. sedapkan nama tu. berbelit lidah hihi.
I dengan famili arwah Lina n Jud rapat. We always pay a visit. Kami banyak kenangan bersama dan anak2 pun know each other.

Abang kita belajar nun jauh di luar negara selepas tamat pengajian di UiTM. Rasa-rasanya di kota New York. Kalau salah kita minta maaf ye, sebab masa kami berada di JB ramai sahabat baru dengan pelbagai cerita dan kisah. Maka lain kali kena rakam dalam tape recorder.
Beliau merupakan seorang pensyarah Fakulti Alambina yang disegani.
Ilmu dan kecintaan seni nya yang mendalam menjadikan beliau seorang yang sangat menyintai alam dan senibina tradisi. Aku tidak dapat mengenal abang senior ini dengan terperinci memandangkan masa sembang kami sangat di cemburui oleh masa yang singkat.
Pada pertemuan itu, isteri beliau kak Suriati Harun tidak dapat turut serta atas sebab tetamu yang bertali arus berkunjung di kediaman mereka sempena mengambil berkat Al Haj.
Maka marilah kita bergambar kenangan.
1....2....3! Smile
Sebelum kami berpisah, abang senior membeli 1 lagi produkk Techno, tetapi aku sudah tidak ingat yang mana satu. Thank you very much for supporting Malaysian product made by Techno Ceramic.
DR FAWAZ IBRAHIM AL HAJ
Semoga Alah memberkati kehidupanmu sekeluarga, panjang usia bertemu lagi.

Sekian, terima kasih bagi yang sudi singgah.

4 comments:

  1. Salam
    He he ada juga orang yang sanggup tulis cerita kita...apalah yang ada pada kita manusia biasa ni...walaubagaimanapun terima kasih kerana sudi menulisnya, mungkin satu ketika nanti ia akan menjadi rujukan kepada mereka yang ingin tahu siapa Strazawaf Ibra ni....Sedikit pembetulan, saya melanjutkan pelajaran di Art Institute of Chicago, sekitar 1986-88, bukan New York. Sekali lagi ucapan terima kasih kepada penulis, tak sangka setelah arwah tak ada, ada pula hamba Allah lain yang menyambung siratulrahim kami....
    peace

    ReplyDelete
  2. Salam~
    Lepas ni tentu akan ada orang bertanya...siapa pula
    gerangannya Langkasuka ini ? he he
    peace

    ReplyDelete
  3. Waalaikumsalam langkasuka.

    A fantastic names you have and it's unique. Semestinya dekni sudi menulis kisah2 menarik dalam hidup terutama tentang silaturahim. Cuma kadang kala mode menulis mesti ada injection dari sesuatu sebab, contohnya because of your birthday I'am thinking of mematerikan sebuah cerita pendek tetapi bermakna di usia you yang kini. Ya, suatu hari kelak akan ada insan yang google nama Strazawaf ibra and definitely this entry will appear untuk tatapan generasi you yang berikutnya. Have a nice day and cherrio!

    ReplyDelete
  4. Salam many years later i happen to read this again. FB did a very good job in keeping our memories alive. How are u Azni/dekni lama berul dah rasanya menyepi...Peace

    ReplyDelete