Tuesday, March 20, 2012

Pokok asam batu kak Fatimah yang ku suka



Aku punya seorang jiran yang bernama kak Fatimah. Rumah kak mah bertentangan di belakang rumah yang aku duduki.
Ruang bahagian belakang rumah yang ku diami ada balkoni di tingkat sebelah atas.

Maka setiap pagi Sabtu dan Ahad, dapatlah aku melihat kak mah dan suaminya menekuni "backyard garden" mereka dengan penuh kecintaan.
Ketekunan dan kerajinan kak mah terhadap pokok-pokok renik yang menghijau sesungguhnya membuatkan aku merasa ter" cemburu yang amat kerana kak mah di anugerah Allah dengan "green finger".

Lihat sahaja pokok kaktus mini nya yang di bebaskan hidup segar memanjat pagar rumahnya.
Setiap hari kak mah dan keluarga menikmati oksijen yang bagus. Ini memandangkan kawasan depan dan belakang rumah mereka yang diceriakan dengan pokok-pokok nan menghijau.
Sememangnya aku tidak dapat menahan dari berkata-kata ..Wah......... kak mah!!cantiknya...kak mah..saya rasa nak nangis lihat pokok yang hebat ini boleh hidup begitu sahaja dalam longkang seperti ini. Kak mah......................................cantiknya semua pokok-pokok yang ada di sini..

Seperti selalu kak mah akan berkata..ish azeni ni..biasa je..kak mah memang suka.Kalau kak mah pergi kursus atau ke mana-mana yang kena tinggal rumah lama-lama,. abanglah yang tolong jaga. Dia pun minat.

Azeni tau tak... ada sekali tu kak mah kena pergi kursus lama...

Hati kak mah tak senang..hari-hari kak mah talipon abang tanya pasal pokok-pokok ni..

Abis tu ....tiap 2 hari sekali, abang tolong snap gambar pokok-pokok ni guna handset.

Lepas tu dia hantar pada kak mah untuk lihat.

Baru...lah hati kak mah senang dan tenang.
Maka dari situ aku tidak perlu "cemburu" dengan 'green finger" kak mah dan suaminya.

Mampukah aku,.. hingga sampai tahap tak senang dan tak tenang, jika tidak melihat pokok-pokok ku.
Sudah tentu pokok asam batu kak mah ini hidup subur dan sangat sihat kerana setiap pagi dan setiap petang kak mah dan suaminya akan mengendap makcik dan pakcik siput yang sangat suka akan pokok-pokok asam batu yang lembut dan manis ini.

manis??....nanti cuba try kunyah-kunyah.
Pokok asam batu ini jika mengikut nama saintifiknya ialah Begonia. Majoriti pokok asam batu kak mah ditanam dalam pasu dan di letak di kawasan redup dan tidak directly sun expose.
Alahai...cantiknya bunga yang sangat ayu ini. walau pun kecil namun ia mampu membuat hati berbunga riang.

Melalui penilaian mata ku, pokok asam batu bersifat pelembut dan penyayang melalui batangnya yang lembut dan daun yang umpama baldu.
Seperti pokok tiruan, tetapi ia adalah bukan tiruan
Sungguh takjub hati ku melihat ciptaan Allah yang sangat indah dan murni ini. Kelihatan sangat matching antara batang, daun dan bunganya yang tidak kelihatan sombong.
Ku lihat pokok asam batu ini ada keanggunannya yang tersendiri dalam kelas yang sangat sederhana.
Daun-daun nan lembut beserta warna hijau bercorak-corak beraneka menginsafkan aku bahawa sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Bijaksana dengan 99 sifat Allah yang Maha sempurna.
Allahuakbar...sesungguhnya Engkau lah pencipta langit dan bumi serta segala yang ada di seluruh cakerawala. Begitu kerdilnya kami manusia yang kadang kala angkuh dan sombong dengan apa yang Kau pinjamkan kepada kami yang lemah dan daif ini.
Dalam kita mengharungi kehidupan di dunia yang penuh dengan muslihat dan pancaroba ini, ada kalanya kita tewas dengan pujukan, godaan dan rayuan.
Maha Suci Allah Tuhan, sesungguhnya Engkau adalah yang Maha Penyayang dan Pengasih.

Maafkan lah segala kesalahan dan kesilapan diri ku yang terlalai dan terleka untuk mengingati mu dari hati ku yang tulus dan ikhlas.
Segala puji-pujian buat mu Ya Allah. Semoga Kau perkuatkan iman ku sementara menanti-nanti panggilan Mu di Alam yang Kekal kelak. Amin Ya Robbalalamin.

11 comments:

  1. first time IM dengar pokok asam batu...

    nak tanya: kenapa tak sediakan ruang cit cat di sisi blog...

    ReplyDelete
  2. As-salam aznimatisa
    Berbahagialah orang yang yang dapat melihat dengan mata dan hati akan kecantikan segala ciptaan Allah, dan kemudian memuji kebesaran dan kehebatan DIA yang mewujudkan kesemua itu.

    Tanaman kak Fatimah, sesungguhnya, amat menyejukkan pandangan dan perasaan. Insya-Allah!

    ReplyDelete
  3. DEkni..uda ni suka pokok hiasan bermusim...tapi sejak usia dah mulai petang ni... dah mula tak kuasa dengan pokok pokok bunga ni... bukan apa bila mengubah pasu.. nanti bayaran ni 3o rm,,,hehe duit jumpa doktor dah sakit pinggang...

    ReplyDelete
  4. apa khabar IM,

    Harap sihat ya. Saya pun pertama kali dengar nama pokok asam batu ni. ingat kan ia adalah spesis keladi, rupa nya tidak.

    menjawab pertanyaan IM ruang cit cat itu rasanya tidak kot buat masa ni. Ruang blog ini biasa2 je, rmai silent reader yang menyorokkan diri,hihi :-)

    IM, terima kasih sudi singgah, jika suka boleh saja panggil nama saya dekni atau cikgu pun boleh.

    ReplyDelete
  5. waalaikumsalam cikgu,

    usahlah panggil saya nama aznimatisa. lucu n formal bunyinya.panggil dekni sudah.

    terima kash kerana berkongsi rasa 'hijau'. Sesungguhnya Allah adalah Indah.

    :-)

    ReplyDelete
  6. alahai uda,

    ngekek dekni gelak ayat usia sudah petang. setuju beno fakta itu. duit sakit pinggang 30 hengget..kihkihkih


    Harapan agar uda sihat selalu hendaknya!

    ReplyDelete
  7. setelah singgah 2-3 kali, izinkan IM link blog Deni ke sisi blog IM.

    muga saling ziarah menziarahi...

    IM ada satu lagi blog AKU DAN PUISI: http://abuhanifah3.blogspot.com

    update bila datang ilham jer...

    ReplyDelete
  8. Ya silakan IM, terima kasih atas kesudian IM link blog yg biasa-biasa ini. Dekni tau Im ada 1 lagi blog.

    saling ziarah menziarah adalah amalan mulia dan terpuji.

    :-)

    ReplyDelete
  9. salam kak,,,nak tanya kat mana rumah mak cik mah ni...saya juga peminat asam batu...tapi tak sebanyak mak cik mah ni la,,,nak tau petua utk tanam asam batu ni

    ReplyDelete
  10. salam adik peminat pokok asam batu,.
    Rumah kak mah terletak di Taman Bunga Raya Kuala Kangsar. Jika berhampiran boleh je ziarah beliau. Petua menanam idok le kak tau sangat, cuma admire very much atas ketekunan beliau menyirami pokok2 kesayangannya. Paling utama kata kak mah kena rajin menyuluh siput2 dan menyahkannya,. yang sangat gemar akan daun-daunannya yang lembut itu

    ReplyDelete
  11. thanks kak,,saya di ipoh jer (tp kerap pulang ke kk kerana kampung mmg di sayong)...sangat suka tgk asam batu ni...saya punya tidak ada masalah siput,cuma sangat geram bila reput di pangkal..akhirnya layu & kalau tak disemai baru pupus lah jawabnya.pokok ni senang di jaga jika tanah & keadaan yg sesuai..tanah tidak lembab & jgn terdedah kpd matahari.

    ReplyDelete