Sunday, April 1, 2012

Semangat kasih sayang

Boss ku cikgu Ong Moy Chun Pengetua SMJK Tsung Wah dan anak angkatnya

Kisahnya.......

Hidup di dunia ini adalah sementara sahaja. Maka umat manusia sangat diminta agar saling mengikhlaskan hati, hidup berkasih sayang, tanpa mengira bangsa mahu pun agama.
Sejajar dengan itu bahagian unit kauseling sekolah-sekolah di Malaysia telah merancang program guru penyayang dengan tujuan memupuk semangat kasih sayang antara guru dan pelajar.

Tidak ada kriteria khusus siapakah anak angkat kami.

Namun, guru-guru digalakkan mengambil anak angkat yang memerlukan perhatian dari sudut akademik dan aspek lain.
Sebagai seorang manusia biasa, walaupun bukan bergelar seorang pendidik, naluri dan jiwa kita sering terpanggil untuk berbuat baik sesama insan di dunia.
Inilah anak angkat ku yang bernama Yang Chi Choi dari kelas 5A4. Sememangnya aku sendiri yang memilih Yang memandangkan aku ingin melihat satu perubahan jelas pada diri Yang sebelum dia tamat belajar di sekolah akhir 2012.
Yang mempunyai kawan baik yang bernama Ching Peng Yee. Kedua-dua mereka ini rajin berjumpa aku di bilik guru.

Ada-ada saja lah mereka berdua ni...bertanya-tanyakan berbagai perkara memandangkan kebetulan aku juga guru kelas 5A3.

Cita-cita ku dan Eyma, merangkap emak angkat Ching Peng Yee adalah untuk membantu mereka berdua lulus dalam mata pelajaran Pendidikan Moral, Pendidikan Seni Visual dan jika boleh menjangkau lulus mata pelajaran Bahasa Melayu.

Ada juga kami bergurau dengan anak-anak angkat kami untuk meng "make over" mereka.
Cara menyikat rambut, menyepit rambut dan lain-lain nya. Cewa macam lah cikgu tu lwa sangat ek.perasan sungguh!
Cikgu Tan Geok Aun Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dengan anak angkatnya sedang dalam sesi suai kenal.
";Mari kita terbang bersama-sama...ayuh .."
Aku membantu mengaturkan sesi fotografi untuk mentor dan mentee dengan pandai tukang gambar cikgu Hayati. Beliau adalah pakar foto di sekolah ku.

Koleksi kamera serta lens serta gajet2nya memang menterjemahkan Cikgu Hayati sangat menyintai bidang fotografi.

1....2.....3......!
Terakam sudah 1 kenangan, semoga ibadah dan kerja kita di dunia ini mendapat keberkatan NYa. Mudah-mudahan, insyallah.

8 comments:

  1. Cikgu, CCS from 5S1 2011 here : ) Saya berasa gembira dan terharu melihat dedikasi cikgu dalam membimbing pelajar yang memerlukan perhatian dan bantuan. Teruskan Usaha!

    ReplyDelete
  2. Hye CCS!

    Surprisingly u drop by and leave a message to me! so sweet of u..hei i still remember your black and white profile since u r in form 3!

    thank you CCS,all the best to u n whatever field u choose.

    ReplyDelete
  3. As-salam, dekni

    Pun belanak lain ikannya,
    Dibasuh dimasak bersama tenggiri;
    Pun anak orang yang punya,
    Asuhlah bagaikan anak sendiri.

    Semoga segala usaha dirahmati dan diredhai Allah!

    ReplyDelete
  4. semasa ibu_suri masih sihat dulu selalu beliau buat program kaunseling ke sekolah dan industri atas tiket Unit Kaunseling Islah, Jamah Islah Malaysia Pulau Pinang.

    ReplyDelete
  5. waalaikumsalam cikgu,

    terima kasih sudi singgah :-)
    selagi terdaya kederat.,kita berbakti sesama insan. Allah dan segalanya LillahiTaala. Anak kita pula diasuh cikgu2 mereka, maka kita berikhlas hati asuh anak orang. Doa saya selalu untuk siapapun hati yang telah saya sentuh ><

    ReplyDelete
  6. IM,

    Diari ibu_suri dibidang kerjayanya sangat mulia.banyak jasanya.

    Maka Allah memberi pula syurga kepada IM yang telah dan sedang menjaga seorang insan yang telah berbakti kepada umat Islam suatu waktu dulu. Nampak kelihatan berliku menjaga IS buat masa ini, tapi di mata Dia Yang Maha Melihat..subhanallah..amalan dan perlakuan IM adalah sangat suci dan mulia dengan syarat hati kenalah bersih dan tidak langsung terdetik,.ah. tapi.,bukan mudah.Kita manusia tidak sempurna.

    :-)

    ReplyDelete
  7. Salam kak Azni,
    *tetiba terasa kerdil disini sbb pengkomentar bahasa sgt mulus sekali*

    best eh akak ada program mento-menti ni, pulak ada anak angkat different race, sgt interesting boleh asimilasi antara kaum, it's a challenge namanya nak make-over tu, good luck to you!

    ReplyDelete
  8. waalaikumsalam yong,

    alamak!jangan ler gitu yong. kami2 ni orang lama je, tu pasal bahasa tulus mulus, sebenarnya termulus.hihi.

    ya lah, harap2 kitaorang berjaya betty make over, sabo je la, macamlah sangat2 cikgu tu lawa.

    ReplyDelete