Tuesday, May 29, 2012

Cameron Highland menerusi Simpang Pulai,Perak


Assalamualaikum pembaca blog yang dikasihi. 

Al kisahnya.....
beberapa minggu yang lalu, suami ku melontarkan kata-kata yang sudah lama kami berempat nak dengar...
ok..26 bulan 5 cuti sekolah ni,  kita g Cameron Highland,

..eh ya kah ayah. a..aa..ye ke bang ?
rasanya berabad sudah kami tidak ke cameron highland, sedangkan nak daki tempat tu tak lah jauh sangat
maksud aku,. bukannya payah turun naik kapal terbang atau kapal laut, hanya melalui jalan darat sahaja
...dan boleh pula melalui exit Simpang Pulai menerusi Highway Utara Selatan. Ini memandangkan kediaman kami adalah di Kuala Kangsar.

Kata orang sejalan sepusat sepusing dan ringkasnya berhampiran.
alasan untuk tidak kesana ialah,....
kalau nak pergi Cameron, semua kena ada,.. bermaksud, ayah, mak dan 3 orang anak.

Itu je pun..ala-ala susah. Sebenarnya sejak kak long aka anak sulong ku Ika dah sambung belajar di Melaka, kami hanya tunggu ika cuti semester barulah kami gerak bersama. kata orang putih, suami ku itu adalah family man. Sememangnya beliau sayang akan anak-anaknya. Alhamdulilah.
Maka pada pagi itu kami melalui jalan "belakang " iaitu menerusi Simpang Pulai. Mengapa ku katakan jalan belakang adalah  https://maps.google.com.my/ kami melalui perkampungan orang asli, di ikuti dengan Kampung Raja - Ringlet - Brinchang dan Tanah Rata.

Semestinya ia adalah pengalaman yang menarik bagi kami pecinta seni. Aku berterima kasih yang amat pada suami ku yang sangat memahami perasaan dan kecintaan ku terhadap dunia fotografi. Setakat ini tidak pernah beliau marah atau memerli aku tentang keasyikan aku mengambil gambar, terutama semasa beliau memandu.
Gambar-gambar yang ku ambil adalah menerusi tingkap hadapan dan sisi kereta yang bergerak,.dan kebiasaannya semasa aku mengambil gambar, aku tidak dapat menghayati secara detail.
Pernah suami ku mengusik, katanya nanti dah pencen you ikut I dengan kereta yang boleh buka bumbung atas, atau kita naik motor besar lebih bagus. Bukan apa..I tak nak u tu tak cergas, naik motor kena cergas dan badan smart. ye lah cik brahim, kita lihatlah bagaimana ya, panjang umur dapatlah direalisasikan bersama.

aku sangat suka melihat akan lalang serta anggerik hutan yang menghiasi sepanjang perjalanan kami untuk ke Kampung Raja.
Perjalanan mendaki ke Cameron Highland bukan boleh begitu-begitu sahaja. Mestilah di buat persediaan, terutama,. bersedia lah  untuk mengeluarkan wang dan ringgit Malaysia




Pos Atap Baru
Ini adalah salah satu papan tanda yang menunjukkan kita berada di perkampungan orang asli
Jalan ini juga boleh menembusi ke negeri cik mek Molek menerusi Gua Musang
Aku sangat bernasib baik pada pagi itu kerana dapat melihat awan sedang bergurau manja dengan gunung ganang yang indah saujana mata memandang.
Mungkin kah ini yang di panggil Blue Valley, . dan ku lihat sepanjang perjalanan di puncak gunung ini adalah ditembok batu dengan kemas.
aku memang seorang pecinta awan
apabila melihat awan sebegini, hati ku aku terus terasa rindu kerana ia sangat cantik
aku kagum melihat awan yang mempesonakan
berarak lembut dikelilingi dengan banjaran gunung ganang,.. saujana mata memandang
sambil melihat awan gemawan, sesekali mataku mencuri pandang ke jalan raya, maklum saja aku turut mesti awas walaupun suami yang memandu kenderaan.


Tiba-tiba aku terkejut...abang!..burung apa yang terbang tu,.Ya Allah..
a..aa..burung apa tu nie, tak biasa tengok,.macam pelik. Burung Garuda kot..tak pun Merong Mahawangsa

Dalam aku terpana ,.tanganku pantas memetik picu kamera.

Memang burung yang baru sahaja melintasi itu adalah sedikit pelik, namun selepas rakan-rakan di facebook mengamatinya, ia berkemungkinan seekor burung helang.

ya mungkin sahaja ia adalah seekor burung helang, atau apa sahaja burung yang dicipta Allah Yang Hebat.
Semestinya hidupan makhluk Allah suka akan tempat yang luas dan lapang ini dalam cuaca yang dingin
manakala,.ini pula bukan selekoh biasa..
ia menjadi luar dari kebiasaan kerana...
Allah sentiasa tidak lokek dan pemberi yang setia pada hamba-hambanya
Dia tidak lokek memberi kita pancaindera hidung untuk menghirup udara yang bersih seperti ini
dan pancaindera penglihatan  melihat teriknya mentari yang menyirami seluruh pelusuk alam
juga memandang gunung ganang serta awan-awan yang indah
perjalanan hidup manusia semestinya berbeza-beza
seperti mana yang nyata kita lihat
samada berbasikal atau naik kereta
kita sama-sama mendaki ke arah satu perjalanan
samada ,.cepat atau lambat..... kita sampai..... atau pun tidak sampai
segalanya bergantung pada kudrat dan keupayaan manusia itu sendiri
dengan bantuan Allah Taala
yang penting sabar, tekun dan sifat rajin perlu ada
jika tidak tekun,tidak bersedia dan putus asa, maka jadilah kita seperti kereta yang tersadai diawal entri tadi
Teruskan lah perjuangan dalam mencari erti kehidupan yang di redhai Nya
tanpa mengira kulit dan bangsa tetapi melalui satu kepercayaan kepada Nya
kita sudah semakin menghampiri destinasi..... cuma jangan tersalah simpang..ke Kelantan kita nanti
Lihatlah ya, Cameron Highland semakin maju dan moden
ramai peminat tua dan muda tidak mengira bangsa
ada yang ingin mencuba motor baru
ada yang ingin membeli belah 
atau sekadar...

aktiviti percuma tanpa bayaran seperti..
ingin menikmati panorama indah,. yang berhak di hayati oleh siapa jua
pada kita ini adalah keindahan, tetapi pada penduduk ini adalah sumber pendapatan
Penanaman sayur-sayuran secara besar-besaran dan menggunakan teknologi yang dicipta manusia

walau dari mana pun kita datang dengan apapun tujuan,.majoritinya untuk merasai dinginnya cuaca ala-ala dinegara eropah

maupun sekadar..

menikmati sang lalang yang menghiasi panorama segar
atau pun  pun tumbuhan hutan yang gagah dan lembut dalam hijau warna asli
Valley yang indah, tambahan dalam dingin cuaca adalah sangat romantis mata memandang
 Ini adalah Pekan Kampung Raja
...dengan tanaman sayur secara komersil
setiap kaki persegi tanah tidak dipersiakan


Alam dan manusia bersatu dalam suasana yang harmoni dan mendamaikan jiwa dan nurani

Selagi manusia mengetahui hukum alam, maka terpeliharalah ia dalam suasana yang tenang dan aman
Seharusnya apa yang kita lakukan dalam hidup hendaklah seimbang,.agar keharmonian kekal terpelihara
apa yang ku lihat, majoriti kenderaan penduduk di sini adalah kereta  jeep
senang agaknya untuk berdagang dan berjual beli

Penduduk kampung cameron Highland hidup dalam suasana sederhana
tiada Mall, tiada panggung wayang, jauh dari arus perdana dan gejala sosial

namun...
adakala mereka juga rungsing tinggal dalam suasana yang bermusim 
dengan kehadiran tetamu luar.................namun inilah sumber pendapatan mereka

maka terpaksalah,..
pekak dan buta kan hiruk pikuk manusia asing  dan asap kenderaan yang mencemarkan segalanya
Cameron Highland..... sudah tidak seperti dulu
sudikah pecinta alam menggadaikan masa,. dan sifat toleransi yang semakin hilang
dek mengejar kan apa....
segalanya telah dikomersilkan secara besar dan terang
Sesuatu yang kita mesti faham di sini,... jika ingin melihat Cameron Highland yang dulu....
usahlah datang pada hari Sabtu dan Ahad seperti aku...

..tetapi perlu juga anda maklum, bahawa jika itu pilihan anda, pada hari bekerja Isnin hingga Jumaat, ada sebahagian kedai-kedai  ditutup. 

Terima kasih kerana sudi singgah singgah dan membaca pengalaman ku yang tak seberapa. Insyallah jumpa lagi dilain entri.

wassalam

9 comments:

  1. rindu sangat nak pergi ke cameron higland.... =)

    ReplyDelete
  2. great shots Kak Azni
    Love looking at all the photos.
    Seronok betul bila suami sangat memahami minat kita, it makes it all worthwhile :)
    xoxo

    ReplyDelete
  3. cik kukukata,
    jika rindu boleh saja ke CH tapi janganlah diwaktu cuti sekolah,.kerana padat >,<

    ReplyDelete
  4. Muna,
    Terima kasih. kak setuju with u.,seronok betul bila suami memahami minat kita.

    Ia menyumbang pada perasaan segar kerana santapan jiwa menusuk ke jantung hati.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih for your info .sy akan ke ch nak cuba jln dari simpang pulai ok ke

    ReplyDelete
  6. Seronok baca tulisan awak. Syabas...dan Terima kasih atas maklumat yang dikongsi umum... Love the CLOUD hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi singgah dan suka membaca penulisan yang ala2 kadar ni. Teruskan membaca.saya memang peminat CLOUD :-)

      Delete