Monday, June 10, 2013

Gerun akan Dia

Assalamualaikum sahabat yang ku kasih,

Sejak kebelakangan ini aku rajin mengambil gambar awan gemawan di daerah ku.


Allah yang Maha Berkuasa

..semasa aku memetik pemicu kamera, perasaan aku takjub..

takut..

tunduk dan takwa..

hingga kini bila menatap foto ini aku rasa gentar dengan kuasa Allah yang akan menghumbankan kita semua dalam api neraka jahanam atas segala kelalaian kita pada perintah Nya dan melanggar larangan Nya samada secara sengaja atau tidak sengaja


 Dengan ikhlas hati marilah kita bersama hayati surah Al Humazah sebagai  peringatan diri sendiri.


 BismillahirRahmanirRahim

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

 Al-Humazah

 [1] Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji,

[2] Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya;

[3] Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!

 [4] Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam “Al-Hutamah”.

[5] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia “Al-Hutamah” itu?

[6] (Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya), -

[7] Yang naik menjulang ke hati;


[8] Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka.

[9] (Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang.

6 comments:

  1. kenapa tidak cuba ambil gambar embun atau titis hujan. IM rasa itu bukan sahaja menguji kehebatan ilmu memetik kamera malah hasilnya akan membuatkan kita semakin mengagumi ciptaan Tuhan!

    ReplyDelete
  2. salam im,
    ada. insyallah akan ku masuk kan kelak. Terima kasih sudi singgah :-) !

    ReplyDelete
  3. Assalam DEKNI
    Sememangnya surah-surah mengenai neraka Allah, juga kiamat, amat menggerunkan. Tetapi kesibukan dalam melayan hal-hal duniawi, menjadikan kita alpa pula akan apa yang menggerunkan itu, sehinggalah kita bertemu dengannya pula di kala lain. Maka amat wajarlah kita mengulang-ulangi bacaan.... Thanks for sharing your lovely pictures.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam cikgu,
      Terima kasih sudi singgah. memang kita selalu lalai dengan dunia yang maha sibuk dan indah :-)

      Delete
  4. mmg gerun...esp sekarang ni byk tragedi2 dkt tmpt kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih June sudi singgah. Memang gerun dengan segala mala petaka yang menimpa umat manusia. Semoga segala kejadian menginsafkan kita.

      Delete