Saturday, May 19, 2012

Jom berkenalan dengan mereka

muka ala ala baca maklumat animal yang sebintang I iaitu sang aries si kambing gurun
terer ek baca terbalik, dari atas tu..

picture credit to ~  anakanda zulaika n celine yang di ambil di Zoo Taiping, Perak using Sony and Canon camera

 no 1.....    I pun tak tau

no 2...yang ni kita tau, namanya memerang,comelkan! 
no 3 >  yang ni of course lah tau...HARIMAU
 no 4....failed..tak tau
 no 5..Pink Flamingo,cantiknya..
 no 6...macam burung nuri? ye ke...
 no 7,,yes! Rusa yang tampan
 no 8 semestinya Buaya
 no 9 hihi tortoise aka kura-kura
 no 10 sedihnya muka dia,. Monyet
 no 11...Seladang yang gagah!
and the last no 12 n no 0 is exactly the same animal lah,....Kancil
picture animals ni telah diambil dengan jayanya di Zoo Taiping

Dari sedozen jumlah animals ni berapa kah markah yang u all dapat? yes, pandai..
tak de hadiah ek, saja suka-suka je. Sekian terima kasih. Thank you sudi singgah. Jumpa dilain entri.

SAJAK GURU USMAN AWANG 1979

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979