Thursday, January 28, 2010

Lukisan hati untuk Uda

Dekni
Bendang Kering, Mukim Sayong
Kuala Kangsar Perak
Tarikh : 28hb Januari 2010

Kehadapan Uda yang dekni kasihi,

Assalamualaikum wbt. Dekni harap Uda dan keluarga sihat sejahtera dan selalu di bawah lindungan Allah SWT. Bagi pihak dekni disini alhamdulilah sihat sejahtera belaka. Bagaimana Uda dan anak2 disana?. mesti kehidupan sehari2 sibuk melayan keletah anak2 yang semakin membesar.
Uda,
Brahimdon lepas subuh tadi dah bertolak ke Kuala Lumpur untuk mengajar di IKN Rawang. Petang ni pula akan bermula langkahnya yang semakin panjang menyeberang laut China Selatan mengajar di Unimas, Sarawak.Alhamdulilah, Allah masih memberikan rezeki kepadanya dalam bidang yang dia minati.
Uda,
Anak2 semakin membesar, sedar tak sedar tahun demi tahun persahabatan kita semakin lama semakin antik. Dalam erti kata lain, lamanya tali persahabatan itu umpama air sungai yang masih mengalir. Kadang airnya melimpah ke tebing, kadang kala kering dek kemarau. Namun ketahui lah Uda, kasih dekni pada Uda masih seperti dulu..

Uda,
Anak dekni yang Uda dukung di Gombak Setia 18 tahun dulu telah pun menjadi seorang mahasiswi Uitm di melaka. Siapa lah nak sangka, Allah menjuruskan ika ke arah bidang Art & Design,, mudah2an dapatlah ika menyambung legasi kami kelak.

Nampaknya bukan mudah mengelolakan anak remaja yang semakin membesar, macam2 ragamnya. Kadang kala datang kerinduan dan kerisauan di hati pada anak dara dekni yang seorang ni. Bila emosi2 ini datang hanya solat dan bacaan ayat suci AlQuran yang dapat membendung perasaan yang datang dan pergi.

Uda yang dikasihi,
Dalam kita melalui ranjau kehidupan ini, terlalu banyak onak dan duri yang kita tempuh,, dekni sentiasa berdoa kepada Allah, mudah2an Allah permudahkan segala kehidupan kita di dunia dan di akhirat. Dalam usia yang semakin meningkat, kadang kala kita sendiri tertanya2, apa yang kita cari dalam hidup ini.

Walaupun dekni dibesarkan di kota kosmopolitan, namun jiwa dekni adalah kekampungan. Sesekali pulang menziarah mak di Kelana Jaya,, fikiran dekni jadi sesak dan rungsing melihat arus deras kehidupan manusia disana.
Uda,
Rezeki yang Allah beri terlalu luas dan besar nikmatnya. Ada yang allah beri rezeki dari sudut kaya harta, ada yang kaya jiwa, ada yang kaya kesihatan.ada yang kaya kasih sayang dan macam2 lagi rezekinya. Buat diri dekni dan keluarga, nampaknya Allah masih lagi sudi memberikan ruang rezeki yang disebut tadi, walaupun hidup dalam keadaan sederhana, dekni bersyukur Allah masih menganugerahkan kekuatan kudrat dan kasih sayang untuk meneruskan legasi hidup kita ini.

Seperti kata seorang sahabat dekni, hidup ni seperti naik keretapi, sepanjang perjalanan kita lihat pemandangan kiri kanan, bukit bukau, gunung ganang, langit, bandar2 kecil, tetapi pada akhirnya kita akan turun juga ke satu stesyen yang ada.
Uda yang disayangi,
Dekni sentiasa merindui Uda..dan terima kasih atas kebaikan hati Uda selama persahabatan kita. Uda adalah anugerah Allah kepada dekni. walau pun kita tidak berkesempatan untuk selalu berjumpa, namun perasaan rindu, kasih sayang dan hormat sentiasa tersemat kemas di sanubari. Sehingga dapat kita berjumpa di lain lembaran,, salam kerinduan dekni buat sahabat yang dikasihi....




7 comments:

  1. Salam!
    Dari coretan Dekni terhadap Uda tu, hanya hati perempuan saja yg dpt menyelami dgn tepat maksud Dekni. Apa2 pun teman doakan semoga hajat Dekni tercapai. Berdoalah pada Allah swt biar harapan menjadi kenyataan. Kalau dah jodoh tentu tak kemana tetapi pastikan kedua2nya dpt menegakkan hukum Allah (Surah AlBaqarah:230)

    ReplyDelete
  2. Salam Tuan Tajnur,
    Uda ni ialah roomate i masa sambung blaja untuk jadi art teacher :-). Nama penuhnya Roslaini Mohd Saad tuan blog secubit rasa semanis kenangan.^peace^

    ReplyDelete
  3. waaa...syahdu fa baca surat kak Dekni tu. Cukup berirama.

    ReplyDelete
  4. eh...nak puji sikit. Gambar2 tu pun syahdu. :) I likeeee.....

    ReplyDelete
  5. Dekni...maaf uda terlambat sikit membaca warkah 'Lukisan hati untuk Uda"...terharu sungguh. Kebetulan perut tengah meragam ni....maaflah..
    Menghayati Baris-baris ayat Dekni, rasanya tak cukup dalam ruang komen yang sempit ini...nantilah, ada peluang uda tulis panjang lebar..membalasnya..Thank you Dekni...Kaulah sahabatku....

    ReplyDelete
  6. Uda, x yah la balas2 pantun..hehe :-)

    ReplyDelete