Sunday, February 20, 2011

Mereka yang ingin bermanja

5A1 & cikgu Azni 8hb Febuari 2011

Comel2nya anak murid cikgu Azni tahun ni...tengok tu..semuanya muka ceria2 je...nakal..

ciguuu.....kami sayang ciguuu...........



Pada suatu hari...bersamaan hari isnin, seperti biasa dekni masuk ke kelas 5A1 untuk mata pelajaran pendidikan seni visual. Duration time adalah selama 30 minit.

5 minit yang terakhir, spontan tergerak hati.....sambil memeluk bahu Wong Pui Shee ( murid yang paling pandai melukis)...

Eh...Pui Shee..cikgu ada idea..esok kelas 5A1 sambut Kong Hi Fatt Choy nak tak.....?

Nak lah cikgu...!!!..tiba2 je 1 kelas dah jadi riuh.




Siti bawak nasi lemak..nanti cikgu bayar.

Siti > nak bawak 33 bungkus ke cikgu? bawak 2o bungkus dah la..tapi ishh..nak ke deme makan cikgu..tak de nyer deme nak makan..masing2 ada kuih sendiri. Ala cikgu saya bawak kuih sudah..

ok lah siti, boleh la tu. Tapi Sofiah kena buat kek coklat,boleh tak...nanti beritau cikgu berapa

Boleh cikgu..
Azreen, kamu ni..ha bawak lah apa2..

ish tak nak lah cikgu. hm..suka hati awak lah.

Ok pelajar2. loceng dah bunyi tu..jangan lupa esok bawa something, cikgu tunggu kat pergola 10.30 waktu rehat.

okey cikgu...terima kasih tolong 'arrange" ini semua.

no problem... see all of u tommorrow..jangan lupa...bawak lah apa2 yang ada di rumah nanti..

Bangun.......Terima kasih cikgu.. Okeh pelajar..sama-sama

Cikgu Eyma Matematik> Miss Puah Bahasa Inggeris > Puan Suria Sains Teras>
Puan Rogayah Prinsip Akaun Perdagangan

Esoknya jam 10.30 aku tunggu di pergola. Sebaik sahaja loceng rehat berbunyi masing2 keluarkan "something" yang dibawa dari rumah. Sambil2 tangan ku sama menghidang...

Chee Leng..mana pelajar lelaki dan yang lain2...?

Cikgu, mereka semua pergi makan di kantin dulu, ini semua tidak kenyang...

Oooo...habis tu yang lain2 tak nak ke kantin ke?

Tak perlu lah cikgu..ini semua akan kenyang ma~~

Okey...pergi lah panggil cikgu2 yang mengajar kamu..

cikgu..kami malu..cikgu pergi panggil lah...
Tu lah anak murid lelaki melayu tunggal dalam kelas yang ku jaga.

.Azreen, turun dari situ..nanti Mr Tung marah.

Alah cikgu..tak de nya dia nak marah..dia marah saya turun lah.

Tak lama lepas tu, yang lain2 ikut serta. Walau pun acara ini sangat pendek dan simple tapi sangat memberi makna kepada mereka.

Anak2 murid Cina yang comel2 ni suka bergambar, memang sakan bergambar.

Tak cukup dengan tu...masa seni duration time 1 jam hari selasa itu, dekni dengan sporting memberi kelonggaran menyambung kembali makan2 biskut . Tak pe lah sekali sekala, yang penting pada ku..hari ini cikgu Azni memberi 1 pelajaran.

Iaitu pelajaran mengekalkan semangat tradisi perayaan...... yang diraikan bersama2 dengan kawan2 yang mereka sayangi.

Harapan cikgu , mereka akan "still keep in touch" bila dah terpisah kelak. Ini merupakan tahun terakhir persekolahan.

Kalau pun tidak ingat lagi cikgu Azni, tapi akan ingat kenangan menyambut tahun baru Cina di pergola SMJK Tsung Wah suatu hari kelak...

Ciguuu............kami sayang ciguuu...

Cikgu pun sayang kamu semua....

bye-bye cikgu..we love u..

4 comments:

  1. hi cikgu dekni,
    so suwittt..
    shuweet..
    sweet!!!

    ReplyDelete
  2. malangnya saya takde disini..lagipun tak mengajar lak 5A1 tahun ni..pepun.....enjoice nampaknya...dan kekalkan kemesraan itewww...udah semakin sebati kannnnnnnn

    ReplyDelete
  3. hi catz,

    manis, maniss, manisssssssss
    heheeeeeeeeee

    ReplyDelete
  4. azi,

    cer citer 4A3 laks,, mau akak pitam kihkihkihhh non stop talking, deme seme tu bole jadi deejay dan jurucakap supermarket

    ReplyDelete