Sunday, April 24, 2011

Sayonara Boss

Saat perpisahan itu tiba juga akhirnya...29hb Mac 2011 warga Tsung Wah menyaksikan seorang yang bergelar pengetua, pemilik yang bernama Tung Chon Huat AMP diraikan dengan penuh penghormatan dan kasih sayang dari mereka yang menghargainya.
Jasanya dibidang pendidikan bermula dengan menjadi seorang guru biasa yang mengajar mata pelajaran Fizik di SMK (RLKT) Felda Lasah, Sungei Siput Perak. Beliau merupakan lulusan Bachelor in Chemistry Universiti Malaya.
Perjalanan ke kawasan felda pada ketika tahun 70an bukannya mudah seperti sekarang ini. Beliau terpaksa merentasi jalan besar dan beberapa perkampungan Melayu. Sekolah pertama beliau terletak di felda Kampong Baharu Parit Ador. Beliau ada bercerita pada aku, sumber tenaga elektrik datangnya dari kuasa bateri yang di cas.
Encik Tung Chon Huat meneruskan perjalanan kerjayanya di SMK Temenggong Kati dan disinilah hati anak2 didik melayu terpaut pada tingkah lakunya yang ikhlas dan bersahaja.
Zainurin Zulkipli pemuda yang bergambar bersebelahan dengan ku ini merupakan anak didik beliau di SMK Temenggong Kati.

Beliau begitu rapat dan setia dengan cikgunya yang bernama Tung Chon Huat dari usianya 15 tahun, dan keakraban mereka semakin erat apabila Zainurin bertugas di SMK Tsung Wah.

Pada hari perkahwinan Zainurin dan kekasih hatinya 20 tahun yang lalu, cikgu kesayangannya ini menjadi pengapit dan mengipaskannya di atas pelamin. Bukan itu sahaja, beliau meminjamkan kereta barunya untuk membawa pengantin baru ke rumah mempelai perempuan.
Sifat penyayang Encik Tung pada mereka yang memahaminya tidak boleh di ukur dengan wang ringgit, kerana dalam suatu hubungan manusia, keikhlasan dan niat yang baik akan menjadikan ia cantik.
Selepas beberapa ketika berada di SMK Temenggong Kati, beliau mengajar pula di SMK Tsung Wah Kuala Kangsar sebagai seorang guru muda yang penuh dengan pengalaman hidup di kelompok orang Melayu.

Beberapa ketika disitu, beliau meneruskan baktinya di SMK Tok Muda Abdul Aziz, Sungei Siput sebagai guru kanan. Hubungan akrabnya dengan guru dan pelajar-pelajar di situ terpaksa diakhiri apabila kebolehan kepimpinannya terserlah di mata pegawai tinggi Jabatan Pelajaran Perak.
Encik Tung Chon Huat sekali lagi dialu-alukan menjejakkan kakinya di SMK(C) Tsung Wah , Kuala Kangsar sebagai Penyelia Petang. Selepas itu beliau perlahan-lahan mendaki perjalanan kerjayanya sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, di ikuti dengan Penolong Kanan Pentadbiran.
Akhirnya beliau mencapai tahap tertinggi mentadbir sebuah sekolah dengan bergelar seorang Pengetua. Mentadbir sebuah sekolah yang terletak di sebuah bandar kecil dengan pelajar yang datang dari latar budaya ekonomi yang tidak sama bukanlah suatu yang mudah. Apatah lagi anak-anak didik kini yang telah terdedah dengan dunia IT dan globalisasi sosial tanpa sempadan.

Encik Tung Chon Huat tidak pernah menjadikan sesuatu sebab sebagai penghalangnya untuk memajukan kecemerlangan akademik di sekolah yang diterajuinya. Dalam masa yang sama beliau tidak lupa berusaha meningkatkan prasarana sekolah menjadi sebuah tempat belajar dan kerja yang lebih kondusif untuk warga Tsung Wah.
Beliau tidak pernah berhenti berfikir untuk memajukan sekolah dengan pelbagai caranya yang kreatif dengan kapasiti kewangan yang ketat. Seperti yang ramai sedia maklum, SMJK merupakan sekolah separuh bantuan kerajaan, dan ia adalah berlandaskan pada frasa-frasa yang telah di tetapkan oleh dasar kerajaan.
Peluang bekerja dengan Encik Tung Chon Huat mencatat sejarah peribadiku yang tersendiri. Selesai mural bunga raya aku yang pertama , hati ku begitu teruja untuk melakarkan satu sejarah yang tidak pernah ku impikan akan berlaku iaitu melukis mitos masyarakat cina iaitu " Dragon & Phoenix"

Kecintaanku terhadap bidang pemuziuman tidak pernah padam. Minat yang tidak pernah padam itu seperti nampak cahayanya apabila aku bekerja dengan boss ku ini. Kepercayaan penuh yang Encik Tung beri padaku untuk berkarya di dinding-dinding usang sekolah lama yang dibina pada tahun 1961 ini seperti menyemarakkan kembali kecintaanku .
Sebelum berkarya aku akan melayari internet dan memahami latar budaya masyarakat cina, pantang larang warna dan bilangan angka, maksud sesuatu objek lukisan dan kesukaan mereka. Adalah menjadi satu syarat yang telah aku tetapkan dimana-mana sekolah tempatku berbakti, aku akan membincangkan perkara-perkara yang akan ku lakukan untuk mengindahkan sesuatu kawasan. Semuanya ini penting agar tidak berlaku perbalahan dan perasaan tidak puas hati semua pihak.
Pesan boss pada aku dan Zainurin..jika nak buat sesuatu buatlah dengan bersungguh-sungguh dan dengan hati yang ikhlas. Maka dari situlah kita akan berjaya.. Lihatlah itu.....sekeping gambar sudah cukup menceritakan kasih sayang yang lahir dari jiwa ikhlas tanpa mengenal warna kulit, bangsa dan agama.
Selama bekerja tiga tahun dangan beliau, tidak aku nafikan terdapat keserasian bekerja dengan nya. Ada juga sesekali aku bersembang dengan beliau sifat yang ada padanya dan padaku yang kebetulan sebintang, iaitu di bawah naungan bintang Aries.
Jika dikaji sifat tulen sibintang Aries ialah seorang yang berani, cerdas, daya berfikir yang luas dan berkembang,tidak suka duduk diam dan apabila melalui rintangan akan menghadapi dengan gigih kerana ia merupakan sebahagian proses hidup yang menjadikannya semangat untuk meneruskan kehidupan dengan positif.
Oleh kerana kami sebintang, banyak topik-topik perbualan berkisar tentang minat dan matlamat yang sama untuk memajukan sekolah dalam bidang yang berbeza tetapi atas satu tujuan yang sama.
Apabila berbual dengan beliau kadang kala aku akan memancing emosinya, untuk melihat di "other side " of Mr tung. Satu soalan yang pernah aku lontarkan padanya tentang persoalan hidup.

.............

Perbualan ini kira-kira dua tahun yang lalu..

Mr Tung,,.. I am not happy..saya sedih, how to over calm my emotion?

Azni,..life is like that..there won't be happiness if there is no sadness, and there won't be sadness if there is no happiness, right or not ?

Ini lah kata-katanya yang paling terkesan dihatiku dan akan aku ingati hingga bila-bila.
Maka tidak hairanlah begitu ramai yang mengkagumi dan menyayanginya dalam diam.

Sebagai seorang manusia, kita bukanlah makhluk yang sempurna dan pasti akan ada kelemahan tersendiri. Yang Maha sempurna itu hanya lah Tuhan. Sudah pasti sepanjang perjalanan kehidupan seorang manusia, sepanjang berurusan dengan manusia lain akan terdapat kekurangannya yang tersendiri.
Sebagai seorang pemimpin yang mementingkan organisasi yang diamanahkan, Encik Tung Chon Huat sering kali terpaksa mengenepikan beberapa perkara yang menjadi kata-kata dibelakangnya. Katanya pada aku,..

...............................................................

Aku juga tidak akan melupakan patah perkataan yang menjadi "favourite"nya seperti..

As long as its for the sake of school,..just do it!

lets do it..and do it now.

ok,, no problem
Sudah hampir sebulan beliau meninggalkan sekolah
namun,.. senyumannya
percakapannya yang kadang kala lembut, kadang kala lantang
akan menjadi satu kenangan pada jiwa-jiwa yang beliau sentuh
.............yang patah kan tumbuh
..............yang hilang kan berganti
tetapi gantinya tidak akan sama
kerana......
beliau diingati dengan karekternya yang penuh warna warni
...........dan berani
seberani kain yang berwarna merah itu...
...kerana,.. tanggungjawab yang terpikul dibahunya itu..
...dalam mengimbangkan kejayaan akademik anak didik, dalam masa sama perlu memberi perhatian pada anak didik yang terpinggir dan hauskan perhatian..
..bukanlah satu tugas yang mudah...
namun... 29 Mac 2011 tetap hadir....dan beban itu semakin hampir ke penghujung jalan...
........................................

Tengahari 29hb Mac 2011,.. berakhir dengan satu penghormatan
kepada seorang pemimpin yang berkarisma
dan terkalung dalam dirinya yang sentiasa positif dalam kehidupan
dan dirakam dalam kotak memori mereka yang pernah mendampinginya
yang seringkali memperkatakan kehebatannya,.. secara berdepan mahu pun secara belakang
Boss...
Selamat jalan...

Sekalung Budi Seikhlas Hati buat seorang insan yang istemewa yang bernama Tung Chon Huat
Semoga kehidupanmu di luar sana dalam keadaan yang sihat dan sejahtera serta gembira

...yang tinggal hanya memori indah dan akan menjadi sebutan dan kenangan pada masa akan datang.

Sekian. Terima kasih.

3 comments:

  1. Dekni..Your mantan Boss look so handsome...dari air muka dan senyuman dia..kita tahu, dia pengetua yang baik....payah nak jumpa lagi orang yang sebegini...

    ReplyDelete
  2. salam,

    how are u?

    catatan yang sgt menarik. teringat dulu, pengetua kitarang naik pangkat jadi pengarah PPD daerah, majlis perpisahan buat perararakan naik kete cam ni.. meriah dan sedih.
    ur boss nampak mudalah kann..
    :).
    nice entry.

    ReplyDelete
  3. dekni..terjadinya perpisahan kerana adanya pertemuan..tiap permulaan pasti berakhir..hukum ini mencipta kisah untuk dikenang..tidak kira dalam bentuk apa pun..dan pada tahap atau ketika tertentu ia mendidik kita menjadi lebih dewasa..
    dalam hidup ini..bila pergi biarlah meninggalkan belang (bukan meninggalkan tembelang).

    ReplyDelete