Saturday, May 5, 2012

Terima kasih Allah


Hari demi hari,. masa semakin berlalu,.yang muda menjadi tua..yang tua akan semakin uzur dan meninggalkan alam nan indah ini. 

Dalam menempuh kehidupan ini, kita seperti berada dipermukaan dan dasar laut yang tenang tetapi penuh misteri.
...seperti mana air laut yang pasang dan surut, liku kehidupan datang dalam gelombang-gelombang kecil,.
dan ada yang datang dalam gelombangan besar
begitulah kehidupan kita sebagai manusia di bumi Allah ini,.bukanlah hidup namanya jika tidak diuji
ada yang diuji dengan ujian-ujian besar
ada yang diuji dengan ujian-ujian kecil

Maka atas Allah Taala,. bagaimana cara hambanya akan diuji
ada yang diuji dengan kesusahan

ada pula yang diuji dengan kesenangan



semestinya manusia akan mengeluh resah gelisah bila diuji dengan kesusahan
..tapi tidak kurang pula yang sujud ampun apabila diuji begitu
jarang-jarang,. manusia akan mengeluh bila diuji dengan kesenangan
melainkan,. meleret dan tersenyum lebar,,tetapi... tak kurang pula yang sujud syukur dengan ujian sebegitu

seperti mana nelayan dilaut nan luas,...

sentiasa saja diuji dengan alam yang tidak terjangka.  Namun,. demi rezeki yang halal, ujian demi ujian dilalui dengan penuh tekad dan tabah.
Laut Allah yang terbentang luas di muka bumi Nya adalah sangat pemurah dengan nilai kecantikan. Ia akan bertambah indah apabila alam semuanya bersatu.

Maka terjadilah panorama yang sangat menakjubkan hati dan perasaan.
Tuhanku,...

 betapa Kau lah Yang Maha Suci dan Maha Agung
Kami ini hanyalah hamba mu yang kecil dan serba kekurangan
adakala nya kami terlupa,.. bahawa Kau adalah Yang Maha Segala Nya,
.walaupun,..

setiap hari,. kami sedaya upaya mengikut dan mematuhi segala suruhan Mu
adakala nya,. kami lalai dan leka. Terlalu asyik dengan duniawi yang indah., juga rezeki-rezeki Mu yang melimpah ruah,.
Sememangnya,.rezeki yang Allah beri kepada hamba-hamba Nya berbeza-beza
..pada dasarnya kita melihat kehidupan manusia lain seperti elok, indah dan seperti sempurna molek belaka

tetapi,.

siapalah kita untuk menilai apa-apa pun pada manusia lain,.dan mengapa mereka begitu dan begini
ada orang..
diberi rezeki wang ringgit melimpah ruah

ada orang...
diberi rezeki kesihatan dan rupa paras yang molek

ada orang..
diberi rezeki anak,isteri, suami yang beriman
mana mungkin Allah melengkapkan segala-gala rezeki itu selengkap-lengkapnya
kerana,. sememangnya kita dijadikan manusia yang tidak lengkap,..dan tidak sempurna
maka bersyukurlah kita atas apa yang Dia anugerahkan
Persoalan kehidupan kita di dunia ini merupakan Rahsia Allah
Siapa kita untuk mempersoalkan apa yang telah Dia Rancangkan untuk kita ini hamba Nya
yang diuji senang bersyukur
yang diuji susah bersyukur
yang tidak diuji,.bersyukur juga
hidup ini bukanlah lama sangat untuk dikeluh resah
dan juga bukan singkat sangat untuk buang masa dan asyik lupa akan Nya
Tuhan ku,.terima kasih untuk anugerah Mu kepada kami semua
sememangnya kita semua sangat kecil di sisi Mu
Indahnya Alam Mu, seindah Diri Mu Ya Allah
Terima kasih kerana menganugerahkan pancaindera penglihatan untuk kami nikmati Alam Mu Tuhan Kami
Yang Indah itulah Diri Mu
Terima kasih Allah....

2 comments:

  1. Salam wahai Dekni,

    lembut serasa perasaan hati Ratna setelah dipengakhiran hujung ayatannya...

    Tenang serasa jiwa pabila segala puji-pujian hanya untukNya...

    Lantas serasa sayu dengan setiap pesanan penyedaran itu...

    Tidak mengeluh dengan apa juga rentakan hidup selama ini karena setiap jalan jalannya dilalui dengan seadanya dan sederhana mengikut kemampuan diri Ratna, Alhamdulillah kepadanya selagi berkudrat sejahtera selagi itu tidak pernah mengeluh kesal karena sedari tahu lagi ngerti bahawasanya ujian-ujian itu semua telah ditetap tentu amanatkan kepada umat-umatnya.

    Semoga Dekni sehat sejahtera dan berbahagia senantiasa dengannya suami juga Anakanda semua.

    Salam manis semanis madu.

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam wahai Ratna,

    Secara peribadi dekni suka akan cara dan tata kata Ratna. Ya, begitu begini lah hidup, segalanya direncanakan oleh Allah. Kita terima seadanya. Dimata orang,..seakan sempurna,.,tapi segalanya kita dan Dia lebih tahu.

    Dekni ada bercita-cita ingin menghadiahkan 1 kenangan buat Ratna dalam bentuk audio visual tentang tanah Perancis tempat tinggal mu itu. Harapan dekni agar persahabatan di alam maya ini bebas dan kekal seperti ini,. tanpa ada apa-apa kepentingan kerana dekni suka orang yang ikhlas seperti Ratna yang berkawan dengan siapa pun seadanya. Semoga Allah memberi Ratna kesihatan yang selalu baik dan sihat agar dapat terus menjaga famili mu dengan asuhan warisan moyang mu.

    ReplyDelete